Nuffang Ads

Pages

Sabtu, 31 Disember 2011

Tahun Baru 2012 Tercemar

1. Tahun Baru 2012 dikotori oleh keganasan dan kezaliman melampau apabila sekumpulan mahasiswa yang dipercayai kena belasah Polis. Safwan Anang Talib Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS , Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi atau BEBAS AUKU cedera parah dan kini [ saat artikel ini ditulis ] masih mendapat rawatan kecemasan di wad kecemasan Hospital Slim River Perak.

2. Sementara 17 orang mahasiswa yang lain masih ditahan dalam Lokap di IPD Tanjung Malim dan seorang yang lain cedera dan pecah di bahagian kepala.

3. Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini [ 5 jam dari sekarang ] agar semua tahanan itu dibebaskan. Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River.

4. Sungguh zalim dan kejam tindakan mereka ke atas anak - anak muda yang hanya berhimpun untuk menyuarakan isi hati mereka di UPSI lewat malam tadi. Apakah mereka sedang menguji kebangkitan anak muda ? apakah mereka mahu menguji kesabaran anak muda ?

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini. Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. Mulakan detik ini untuk bermunajat kepada Allah swt agar saudara Safwan kembali pulih dan 17 mangsa tahanan di bebaskan menjelang jam 12 tengahari ini. [ 5 jam dari sekarang ] Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

ABU- cukuplah sudah

Selamat pagi dan selamat tahun baru masehi. Pagi ni bile ambe terkejut dari tidur, phone ambe dipenuhi oleh mesej ucapan selamat tahun baru dari kawan2. Walaupun ambe tidak menyambut perayaan ini sebagaimana anak muda zaman sekarang kerana bagi ambe tahun baru hanya layak disambut sewaktu maal hijrah.Namun ambe tetap membalas mesej mereka atas dasar sahabat.

Namun, ambe tahu yang kita di jajah selama 4 abad lebih oleh penjajah barat iaitu bermula dengan portugis iaitu negara kelahiran cristiano ronaldo, diteruskan oleh belanda( robin van persie, arjen robben dan wesley sneidjer) dan akhirnya oleh british... namun dalam pada masa tersebut kita juga pernah dijajah seketika oleh jepun selama 2 tahun lebih.

Disebabkan oleh penjajahan ini lah yang menyebatkan banyak unsur2 asing mempengaruhi corak kehidupan kita sekarang. Memang mudah untuk berkata namun sukat untuk kita merubahnya. Namun melalui kata2 mungkin dapat mengubahnya sedikit demi sedikit.

Apa2 pon pagi ni ambe nop kongsikan video yang ambe jumpe di you tube dan moga2 video ni boleh membantu dalam mencari azam baharu

P/S- tahun baru, kalendar baru cuma akal je tetap sama...

Rosmah jadi bahan lawak Adflin Shauki ??




SEBELUM ini dalam episod Maharaja Lawak Mega 2011 yang sudah, Pelawak terkenal tanah air, Afdlin Shauki pernah mencuit hati dengan gaya ala Rosmah Mansor sedang bersenam.

Dalam rancangan siaran langsung pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2011, malam tadi Adflin Shauki nampaknya mengutuk Bik Mama secara terus dan "All Out" tiada tapis-tapis lagi.

Beliau dengan gaya rambut serta lenggok Bik Mama, malam tadi menyelitkan lawak cincin berlian dan beg tangan jenama mewahtermasuk poco-poco dan senam aerobik.

Bukan itu saja, malah beliau turut mencuit hati penonton dengan lawakair zamzam dan peluru yang baru dibawa pulang dari Mekah.

Sumber : Milosuam

P/S-kesian hajah, kan kene kutuk...hahaha

Jumaat, 30 Disember 2011

Terkini! Kaka Pemain Real Madrid Peluk Islam??




Ni berita baru dan gambar baru..Heboh didalam facebook individu-individu berbangsa arab yang mengatakan Pemain bola sepak terkenal nih telah memeluk agama islam,Tak silap aku gambar nih diambil pada 26./12 baru-baru nih di sebuah masjid di Dubai.Dilaporkan bahawa Kaka ataupon nama sebenar Ricardo kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid nih.Kalau berita nih benar alhamdulillah.Bertambah lagi umat islam didunia nih.Islam semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa.. 




Aku sangat bersyukur dan berbangga kalau berita nih benar.Tapi berita nih memang heboh di dunia arab sekarang nih.Mungkin kaka telah memeluk agama islam.Dalam pasukan Real madrid pun ada 4-5 orang individu beragama islam seperti karim benzema,Nuri sahin,Hamid altintop,Mesud ozil dan Khedira...Disini aku sertakan link facebook bapak arab yang mengatakan pengislaman Kaka nih..(Klik Sini

P/S- dengar citer kaka nak pindah ke arsenal januari ni...hahaha

Khamis, 29 Disember 2011

BAKAT

Assalamualaikum, emm hari ni nak tulis sket tentang "BAKAT". 
Setiap orang pasti ada bakatnya yang tersendiri.
Begitu juga aku, namun kadang2 aku terfikir jugak,
" apa bakat yang aku ada?"- ada ke?


dah tentu-tentulah ada, tapi cuma aku je yang x pasti apa bakat aku.
nak kata bakat dalam bidang seni,
melukis pon kadang2 macam menconteng.
nak jadi penyayi, suara katak lagi sedap kot.

Biasa orang kata, bakat seseorang yang akan menetukan kerjayanya.
tapi aku pon masih x pasti dengan bakat aku
so, aku nak kerja apa ek?
masa kian berlalu, namun apa perubahan dalam hidup aku.
sampai bila aku nak jadi macam sekarang ni.


ah, biarlah apa orang nak kata,
apa yang pasti aku tahu siapa diri aku.
dia orang nak kutuk ke hina.ke,
biarlah, mungkin dia orang bahagia kot.


apa yang pasti, rezeki ALLAH terhadap hambaNya sangat adil.
apa yang perlu ialah usaha dan tawakal sambil disertai doa tanpa putus kepadaNya.
Insyallah, kejayaan pasti ada.

P/S- kerja la apa2 pon, asal halal, anda suka dan atas usaha sendiri dan kita yang akan mencorakkannya samaada cantik atau buruk





Jumaat, 23 Disember 2011

VIDEO OLEY!!!!!

Lama doh rase nye ambe tidak menulis di blog ini. Masa, kerja, dan keadaan yang menyukarkan ambe untuk terus segar dan sentiasa mengupdate berita2 terbaru di blog ni. Apa2 pon ambe ucapkan selamat dan terima kasih kepada para pembaca  kerana sudi mengunjungi blog ambe ini.

Petang ni ambe ada sedikit perkara yang hendak dikongsikan bersama. Baru2 ni kita dikejutkan  dengan sejumlah video pendek yang menghina hukum hudud. Video2 ini dihasilkan oleh satu laman yang bernama SEMBANG RAKYAT. Ambe yang melihat video ni pon x tahu la no kata apa dengan pelakon2 dan individu yang terlibat dalam usaha membuat video ini. Apa yang boleh ambe ucapkan cuma pelakon2 ini semua memang jenis yang x kenal dosa dan neraka.

Kalu sapa tahap sedemikian mereka sanggup lakukan, apa lagi yang boleh kita katakan. Apa2 pon ambe berharap para pelakon dalam kesemua video itu sedar dan bertaubat. Bagi ambe, tindakan mereka memperkecilkan hukum ALLAH boleh dianggap sudah menggugat iman dan akidah mereka. Semoga mereka mendapat petunjuk sebelum nyawa mereka diambil oleh yang Maha Kuasa.

Tapi disini ambe nop kongsikan sedikit video baharu yang dilakonkan oleh pemimpin DPPM. Ambe rasa video ni sesuai berdasarkan apa yang berlaku sekarang. Bagi ambe video yang dilakonkan pimpinan DPPM ini sudah  cukup untuk menjawab kesemua video yang dibuat oleh sembang rakyat. 


Semoga kita mendapat manfaat dari video OLEY!!! ini. Insyallah.



P/S- mathlutfi pon berlakon gop, 2 yang best ow...suara anop muda.."gitar x boleh curi, hati boleh curi"

Rabu, 7 Disember 2011

kelebihan surah AL-IKHLAS


Assalamualaikum, tanda ambe mulakan. Tujuan kali ni ambe tulis post ni sekadar untuk memanaskan blog ni dari terus membasi. Agak lama rasanya ambe x update blog ni. Masa sekarang yang x mengizinkan ambe untuk terus berkokok melalui blog ini. Insyallah, lepas ni ambe akan rajin2 kan tangan ini untuk terus menaip button keyboard ni.

Hari ni ada sedikit ilmu yag ambe nok kongsikan kepada semua. Kisah tentang kelebihan surah AL-IKHLAS.


KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS
'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismilla hirrahmannirrahi m'


Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad..) sebanyak 3 kali.



Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah... . Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.



Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:

'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari..



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:



Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran... Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.



Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:



Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.



Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.



Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan...



Sabda Rasulullah SAW lagi:



Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.



Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. .



Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.


Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain





Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang
sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.


Sabtu, 3 Disember 2011

GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011

Pada10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh strong sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam.
Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai. Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam.

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8)

Moon enters penumbra:       2011 Dec 10  19:31:37
Moon enters umbra:                  2011 Dec 10  20:45:11
Start of totality:                   2011 Dec 10  22:05:29
Maximum eclipse:                2011 Dec 10  22:31:36
End of totality:                     2011 Dec 10  22:57:45
Moon leaves umbra:            2011 Dec 11  00:18:04
Moon leaves penumbra:         2011 Dec 11 01:31:30



Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.
Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium.
(Jika video tidak muncul, sila klik terus ke link youtube ini)
 

Di bawah ialah laluan bulan ketika ia bergerak di dalam bayang-bayang umbra dan penumbra bumi. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html)

Di bawah ialah peta dunia yang menunjukkan kawasan mana yang boleh lihat fenomena gerhana kali ini. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html)
Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan KESELURUHAN fasa Gerhana Bulan Penuh pada bulan Disember nanti.-SOURCE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...