Nuffang Ads

Pages

Selasa, 21 Mei 2013

Bebaskan Adam Adli


Aku tiada kata-kata untuk diungkapkan melainkan BEBASKAN ADAM dengan segera. Maaf kawan, aku tidak mampu membantu ketika kau susah. Aku doakan kau kuat dan selamat. Lagu ni aku tujukan khas buat kau..  iviva le revolution!!!


Isnin, 13 Mei 2013

MIMPI


Saat aku ingin menaip cerita ini,, sukar sekali untuk aku susunkan ayat menjadi sebuat cerita. Pelbagai gelojak dan monolog dalaman bermain di sekitar benar fikiran. Namun apa yang ingin aku sampaikan ialah mengenai mimpi iaitu mimpi aku sendiri.

"mimpi" satu perkara yang pasti dialami setiap insan hidup. Cuma yang membezakannya hanya jalan cerita dan genre mimpi yang dialami. Ada yang bermimpi sedih, ada gembira dan ada juga yang tidak pasti dengan mimpinya. Kadang-kadang ada yang mengatakan bahawa mimpi yang dialaminya itu benar-benar berlaku dalam situasi realiti.

arghh, apa yang aku melalut ini. Menulis umpama pakar mentafsir mimpi sedangkan niat asal hanya ingin berkongsi rasa mimpi yang aku alami semalam. Ya!!! Semalam aku bermimpi lagi, sebuah mimpi yang lain daripada kebiasaan mimpi-mimpi malam ku. Mungkin mimpi ini dipengaruhi keinginanku beberapa ketika sebelum itu.

Sebelum itu, beberapa hari ini, aku seringkal teringat akan satu sosok tubuh yang amat dikenali dan disayangi umat manusia bumi semenanjung emas ini. Sosok itu sudah tua, jalannya pon bertongkat. Seorang ulama juga umara. Hidupnya di sebuah negeri pantai timur sempadan dengan wilayah asingan pattani.

Sebulan yang lepas ada sahabatku yang mengusulkan untuk menyertainya berpuasa di Kelantan tahun ini. aku tidak mengiyakan juga tidak menolak, namun dari sudut hati tetap menyuruhku untuk menerima pelawaan itu. Aku tidak mengerti, namun aku merasakan wilayah asingan itu sangat hampir dengan aku.

Dan semalam aku bermimpi lagi, bermimpi bercakap dengan sosok itu. Namun beliau hanya tersenyum tanpa berkata-kata. Dalam itu juga aku melihat semua mata memandang aku seperti mempertikaikan sesuatu. Aku tidak mengerti dan.....

Mungkin kerinduan itu membuatkan aku bermimpi. Benarlah kata seorang ustaz, kita akan bermimpi jika rindu kita itu tersangat tinggi. Aku terfikir kembali sesudah bermimpi, apakah rindu aku pada Rasullulah S.A.W masih sedikit sehingga impian aku untuk bermimpi pada kekasih ALLAH itu hanya menjadi khayala sehingga kini. Hanya diri ini dan tuhan sahaja yang mengetahui.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...