Sabtu, 29 Disember 2012
Kedah La: Cikgu Non tersalah masuk usrah yang ahli-ahlinya j...
Kedah La: Cikgu Non tersalah masuk usrah yang ahli-ahlinya j...: Oleh: ZULKIFLI YAHAYA Terasa semacam kita kembali berada di tahun 80an apabila isu kafir mengkafir ditimbulkan semula. Solat dua ima...
Sabtu, 22 Disember 2012
Damai
menerobos jauh ke sudut hati,
memberi makna seribu kata,
dalam mencari seribu cerita.
damai,
itulah yg kucari ku nanti,
agar bisa ia muncul kembali,
jiwa ini sudah lelah x berdaya,
jasad rebah hampir tiada guna.
Pada siapa harus aku berlari,
pada siapa harus aku turuti,
yakinlah pada jasad sendiri,
jika kalah jangan sekali berundur diri,
kerana menang jasad pasti akan mati.
ku mencatat kerana rindu,
rindu pada janji yang satu,
agar harap semua terkota,
supaya mati tidak terazab dusta,
menanti saat untuk bicara.
Khamis, 6 Disember 2012
Kesyukuran itu suatu nikmat
Bagi aku, perkataan ini memberi pelbagai makna. Namun kali ini aku ingin menghuraikannya dari segi kehidupan sesuatu kejadian. Jika ditanya siapa kita?, ya aku adalah manusia. Oleh itu aku mampu menulis perkara ini berdasarkan akal yang dikurniakan. Bersyukurlah...
Hari ini aku terfikir, kenapa aku dijadikan sebagai manusia? Kenapa aku tidak dijadikan sebagai benda lain???
yang pertama jika aku ini batu. Pada pandangan biasa, BATU itu cuma satu benda yang biasa. Mungkin ada nilai bagi sesetengah orang namun kebanyakan manusia mengangap sebagai biasa. Sesungguhnya aku merasa batu itu lebih mulia kerana batu amat bermakna dalam hidup manusia. Batu diguna untuk membuat jalan, bangunan dan jalan raya. Namun aku????
Selain itu jika aku dicipta sebagai Malaikat. Apa yang aku ada dan aku rasa. Benar, malaikat itu mulia dari diriku ini. Namun jika aku dicipta sebagai malaikat, yang pasti aku tidak akan wujud penulisan ini. Bukankah malaikat itu sentiasa menjalankan perintah ALLAH. Mereka tidak seperti manusia, yang bebas melakukan apa sahaja. Namun kebebasan manusia itu masih terkawal melalui dosa dan pahala. Namun aku???
Jika aku manusia. Ya, memang pasti aku ini manusia. Namun manusia bagaimana??? Manusia itu luas, ada pelbagai rupa, agama dan bangsa. Manusia diberikan akal, nikmat untuk berkahwin, berkasih sayang dan pelbagai nikmat yang tiada pada penciptaan yang lain. Betapa banyaknya nikmat diberi kepada manusiaAku dilahirkan sebagai manusia biasa. Aku sama seperti
manusia lain yang mempunyai sepasang mata, tangan, kaki ,telinga dan sebagainya. Namun yang menjadikan aku luar biasa adalah agamaku. Betapa indahnya nikmat yang diberikan oleh ALLAH kepadaku iaitu nikmat islam.
Ya memang benar, ramai yang islam. Tapi berapa ramai yang bersyukur dengan nikmat itu??? Ramai yang memperoleh nikmat islam ini sejak lahir namun hanya sedikit yang bersyukur melainkan ramai yang terlalai termasuk aku. Ada yang memperoleh nikmat ini dipenghujung usia. Ramai juga yang memperoleh nikmat ini namun kehilangannya pada saat akhir hidup, betapa kasihannya mereka.
Mungkin ada yang tertanya kenapa aku memperkatakan soal ini. Jawabku hanyalah "entah". Mungkin kerana aku manusia. Tapi yang pasti bersyukurlah dengan nikmat yang ada kerana kita tidak pasti adakah ianya kekal atau sekadar untuk sementara. Semoga nikmat ini berkekalan tanpa penghujungnya.. BERSYUKURLAH !!!
Rabu, 5 Disember 2012
HIDAYAH ALLAH ITU LUAS
hemmm, hari ini telah berlaku satu perkara yang menarik dalam hidup aku. Tidak pernah aku terfikir akan perkara sebegini akan dirasai sendiri oleh aku melainkan aku pernah dipertontonkan dengan gambarannya dalam filem-filem dan novel-novel berkonsepkan Islamik. Mungkin pembaca tertanya-tanya, apa peristiwa yang berlaku keatas ku. Aku pon x pasti dimana harus aku mulakan namun apa yang aku boleh nyatakan adalah cerita ini melibatkan perkaitan hidayah ALLAH.
Hari ini perasaanku terarah untuk mencari buku baru sebagai bekal sepanjang perjalanan aku mengikuti lawatan ke Cameron Higland pada minggu depan. Dalam aku sibuk melihat tajuk2 buku, aku dikejutkan dengan teguran dari seorang perempuan yang ku kira kami mungkin bersahabat tapi aku pernah bercakap pon dengannya. Untuk pengetahuan aku dan dia belajar di dalam kelas yang sama namun x pernah berkesempatan untuk bertegur sapa.

Yang mengejutkan adalah dia meminta aku menemaninya mencari Al-Quran untuk dibeli. Mungkin ada yang mempersolkan, apa nk dihairankan dengan orang nk membeli Al-Quran. Ya, memang benar, membeli Al-Quran bukan satu persoalan yang menghairankan, namun siapa yang membeli itu menjadi persoalannya.
Kenapa aku katakan begini. Ini kerana perempuan yang ingin membeli itu merupakan seorang wanita yang x bertudung. Aku pernah mengangapnya buka islam sebelum diberitahu rakanku bahawa dia memang islam. In kerana tingkah laku dan cara pemakaiannya tiada tanda-tanda dia merupakan islam.
Namun siapa sangka, dia boleh tergerak hati sedemikian. Benarlah, Hidayah itu milik ALLAH. Ramai manusia yang sedar dengan kejahatan, namun berapa ramai yang mampu lari dari kejahatan tersebut??
Aku merasakan betapa hinanya aku jika dibandingkan dengan dia. Aku mengetahui namun x menyedari, berbanding dirinya yang x mengetahui namun mempunyai kesedaran diri.
Aku doakannya menemui hidayah dengan sempurna. Aku rangkulkan bahawa kisah ini mempunyai matlmatnya iaitu ALLAH cuba menyedarkan aku dari terus terbuai dari "derita" keseronokan dunia.
Aku lalai dalam sedar selama ini. Sesungguhnya aku lebih hina dari wanita itu.
Aslim Taslam : Kamu terima Islam kamu selamat .
Selasa, 4 Disember 2012
merindu tanpa kata
hari ini,
bila rindu datang menduga,
hati terasing mula berkata,
alang indah detik lalu,
atau kenangan dalam pilu,
keliru dalam menentu,
yang pasti lara ini,
menjadi peneman dalam kalbu,
apa esok,
masih ada kau disitu,
atau aku terus membodoh jiwaku,
menunggu dan terus merindu,
atau menongkah meninggal detik pilu,
kini aku mula terkejut dari lantunan itu,
langkah direnjak umpama gasar penipu,
mencari konklusi yang mungkin hanya persoalan mu,
menipu dalam tertipu,
dan menunggu pengakhiranku,
apa yang pasti aku hanya merindu pada yang satu......
4/12/12
Labels:
sajak
Selasa, 20 November 2012
Hari2 Terakhir ku.......
gerimis longlai menongkah
kini tengkujuh kembali menghuni,
aspal basah kering mula mendingin,
kini tengkujuh kembali menghuni,
aspal basah kering mula mendingin,
meronta dalam tangis pilu,
mungkin tiada apa yang merasa,
mungkin tiada apa yang merasa,
cuma kadang aku terlena.
masih ku ingat lagi,
tika merah menyilau terang,
semua marah semua salah,
kini bila datangnya yang dingin,
juga disoal kenapa, kenapa, dan kenapa,
dasar makhluk berakal,
x pernah puas apa yang ada,
selalu meminta apa yang tiada,
lelah meminta, menjerit pula,
bodoh bertempat boleh diterima,
terlebih cerdik jangan sekali
masih ku ingat lagi,
tika merah menyilau terang,
semua marah semua salah,
kini bila datangnya yang dingin,
juga disoal kenapa, kenapa, dan kenapa,
dasar makhluk berakal,
x pernah puas apa yang ada,
selalu meminta apa yang tiada,
lelah meminta, menjerit pula,
bodoh bertempat boleh diterima,
terlebih cerdik jangan sekali
Labels:
sajak
Ahad, 18 November 2012
MUKTAMAR 2012
Maka berakhirnya MUKTAMAR PAS 2012. Ramai cakap2 yang mengatakan muktamar kali ni adalah yang terbaik dalam sejarah. Aku dengar kata-kata ni bukan sahaja dari penyokong PAS tapi ramai jugok cai-cai AMENOOO yang hangat dok bercakap soal ni. Nampok gayanya dah ramai mula berminat terhadap PAS. Mungkin sebab perhimpuanan agong AMENOOO membosankan sangat kot...hahaha
ok lah, kita balik kepada tajuk asal. Walaupun aku x berkesempatan untuk mengikuti muktamar kali ni secara live from PUTIK, namun aku tetap mengambil tahu melalui kabel2 ku disana. Perbahasan perwakilan tahun ini sangat hangat terutamanya melibatkan DPPM. Bagi aku, ini satu peningkatan yang baik. Ini juga satu bukti yang membunuh terus kenyataan dari pihak lawan yang selama ni mengatakan bahawa pimpinan PAS sangat maksum sehingga x boleh ditegur. Dari pemerhatian ku selama ni, PAS sebenarnya sangat terbuka menerima kritikan namun kurang mendapat liputan. itu je puncanya.
Tapi ini bukan apa yang aku nk katakan sangat. Yang aku nk katakan adalah terhadap penyokong bawahan yang ramai ni. Sebenarnya aku tertarik dengan kenyataan ini acu tekan gok . bagi aku,cukup2 lah buat perangai lama. Kalau betul nk menang kene ubah la sikap. Setiap kali PRU aku tengok yg berani datang kerumah orang ramai untuk merayu undi hanyalah dari kalangan muslimat.
aku x nafikan bahawa golongan lelaki juga banyok buat kerja macam pacok bendera, naikkan banner, jadi ketua dan lain2 namun ni bukan alasan untuk kita lari dari berkempen secara berhadapan. Penyokong bawahan x boleh doh sekadar duduk di markas, sembang pasal kemenangan, kita nk buat mende dengan UMNO lepas ni, sape nk pegang jawatan. Woi!!!, mu x dop keje ke nk buat sapa sembang mende2 bodo gini tapi kerja sepatutnya x terbuat. Lebih best golongan yang hanya bercakap pandai tapi x buat kerja. yang dibuat hanya melepak di kedai kopi dan mengarah orang buat kerja. Ni jenis manusia CELAKA... sekali lagi aku ulang CELAKA!!!... bila time menang biasanya golongan jenis ni la yang paling menonjol kehadapan. Tapi bila time kaloh, 4 tahun x nampok muka. Senyap terus, habis hilang segala perjuangan selama ni. Nampok semula pon bila time nk PRU seterusnya.
Aku pon x nok berleter panjang2. cuma apa yang aku nk kata, kebanyakan golongan yang mengamalkan ciri2 diatas adalah jenis orang tua yang rasa dia sentiasa betul. Ubah la pemikiran. Mu nk tarik golongan muda untuk menyokong perjuangan mu tapi cara mu sendiri sudah membuatkan golongan muda semakin membenci. PAS x pernoh mengajor penyokongnya semua ini. Muhasaboh balik perjuangan selama ni..
k la, aku x boh cakap banyok.. cukuplah sikit2 je.. yang penting sape yang rase, cuba lah berubah. Jangan sapa sebab mu, habis rosak semua orang..
apa2 pon jom kita realisasikan ABU dan ABC(asal bukan che mat)
Aku pon x nok berleter panjang2. cuma apa yang aku nk kata, kebanyakan golongan yang mengamalkan ciri2 diatas adalah jenis orang tua yang rasa dia sentiasa betul. Ubah la pemikiran. Mu nk tarik golongan muda untuk menyokong perjuangan mu tapi cara mu sendiri sudah membuatkan golongan muda semakin membenci. PAS x pernoh mengajor penyokongnya semua ini. Muhasaboh balik perjuangan selama ni..
k la, aku x boh cakap banyok.. cukuplah sikit2 je.. yang penting sape yang rase, cuba lah berubah. Jangan sapa sebab mu, habis rosak semua orang..
apa2 pon jom kita realisasikan ABU dan ABC(asal bukan che mat)
Gaza terluka lagi, kita dimana saat ini????
Dalam kemeriahan umat islam di seluruh dunia menyambut Maal hijrah, namun di perosok penjara terbuka dan terbesar di dunia iaitu bumi Palestin atau secara lebih khusus Semenanjung Gaza bawah pemerintahan kerajaan rasmi HAMAS kini sedang berduka menghadapi serangan daripada israel laknatulah.
apa yang aku ingin bicarakan bukannya soal serangan israel tetapi tentang pendirian umat islam di serata dunia khususnya di bumi malaysia ini. Sekadar saat ini, apa yang aku lihat hanya Mesir dan Turki yang proaktif dalam mempertahankan kedaulatan Palestin.
Aku tidak mahu melihat jauh, sekadar ingin meluah apa yang terbuku. Dimana pendirian Malaysia saat ini???
apa malaysia ku ini gentar untuk berlawan arus dengan amerika/israel??? tiada satu patah pon pendirian yang keluar dari pimpinan negara ini yang mencemuh kezaliman ini. Bagi aku tiada sebangsat-bangsat manusia melainkan yang satu umat yang sedang senang lenang bersuka ria dalam saat saudara seugamanya diseksa, disembelih, rumah dibom, anak kecil cedera dan negara mereka dijajah.
aku bercakap bukan secara membabi buta. Lihat sahaja media2 utama malaysia sepertiTV3, TV1, akhbar utusan, berita harian semuanya diam membisu soal Palestin ini. Tiada langsung liputan mengenai serangan ini. Apa hebat benar israel itu sehingga diam membisu media2 ini yang pada satu ketika lantang berkokok soal politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Lebih hina lagi, ada antara akhbar2 ini yang dimuka hadapan tajuk berita sudah seumpama majalah lucah. Apa berita lucah ini lebih wajib untuk dipaparkan berbanding berita umat islam diseksa????
CELAKA!!! CELAKA!!! DAN CELAKA!!!
aku rasa cukuplah aku berbicara... biar gambar pula yang mengambil posisi.
Bantulah saudara kita disana walau apa cara sekalipon.. bagi aku isu palestin bukan sekadar isu agama, tetapi ini juga merupakan isu kemanusiaan. Oleh itu semua bangsa harus bangun dan melawan israel kerana telah melanggar prinsip2 kemanusiaan.
Sumbangan boleh dibuat ke dalam salah satu akaun di bawah:
1. Aqsa Syarif Berhad
5515 7500 4299 (Maybank Islamic)
12 092 01 003490 4 (Bank Islam)
kemudian sila maklumkan beserta slip deposit kepada:
admin@aqsasyarif.org.my
Tel: +603-8733 4636
Faks: +603-8734 9636
www.aqsasyarif.org.my
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz2CZkw2qKw
apa yang aku ingin bicarakan bukannya soal serangan israel tetapi tentang pendirian umat islam di serata dunia khususnya di bumi malaysia ini. Sekadar saat ini, apa yang aku lihat hanya Mesir dan Turki yang proaktif dalam mempertahankan kedaulatan Palestin.
Aku tidak mahu melihat jauh, sekadar ingin meluah apa yang terbuku. Dimana pendirian Malaysia saat ini???
apa malaysia ku ini gentar untuk berlawan arus dengan amerika/israel??? tiada satu patah pon pendirian yang keluar dari pimpinan negara ini yang mencemuh kezaliman ini. Bagi aku tiada sebangsat-bangsat manusia melainkan yang satu umat yang sedang senang lenang bersuka ria dalam saat saudara seugamanya diseksa, disembelih, rumah dibom, anak kecil cedera dan negara mereka dijajah.
aku bercakap bukan secara membabi buta. Lihat sahaja media2 utama malaysia seperti
aku rasa cukuplah aku berbicara... biar gambar pula yang mengambil posisi.
Sumbangan boleh dibuat ke dalam salah satu akaun di bawah:
1. Aqsa Syarif Berhad
5515 7500 4299 (Maybank Islamic)
12 092 01 003490 4 (Bank Islam)
kemudian sila maklumkan beserta slip deposit kepada:
admin@aqsasyarif.org.my
Tel: +603-8733 4636
Faks: +603-8734 9636
www.aqsasyarif.org.my
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz2CZkw2qKw
Isnin, 12 November 2012
PENYERI DIKALA HENING
Dia penyeri dikala
hening,
Pecinta dikala sepi,
Penerang dikala
sunyi....
Langkah ini longlai
lagi,
Rebah untuk beribu
kali
Namun masih utuh
mendaki
Walau bisa yang
menanti,
Kadang ku rasa
bangsat,
Kadang kurasa hebat,
Apakah ada pada hati
ini..
adakah satu khayalan
mimpi
penantian jawapan yang
tiada pasti,
Tiada maksud lagi
bicara,
Tiada bunyi lagi ku
dengari,
Bila bumi sudah
bergetar,
Apa mungkin kau ada di sini?
Labels:
sajak
Ahad, 21 Oktober 2012
mulut jaga, jangan jadi longkang sudah
Puiiii !!! bodoh punya orang.. Nama je belajo tinggi2 tapai akai macam kura2. Kita dok sibuk kutuk UMNo buat2 buat ni, anok dia buat jahat, bini dia dan macam2.. tup2 ada jugok bahalol dari geng kita yang buat mende sama macam UMNo..
lantak la kau nk beli apa pon, asal kau guna duit sendiri dan x melantok duit rakyat, aku x heran.. tapi jangan la sampai dok buat statement bodoh macam binawe... skang mende ni belum pecah mane lagi.. nanti dah terburai sapa nk tanggung...bongok..klik sini
mamat sorang lagi, ko kan dah lame tinggalkanUMNo, tok sah la buat perangai lama balik.. dah bertaubat ni, tinggal la habis.. statement lu leh buat orang atas pagor jatuh balik UMNo tau.. ni belum menang, kan dah menang mau lagi terok... udoh la buat kenyataan2 bodoh.. k la bro2 semua, lu orang blajo tinggi2, pengalaman banyok, so jangan tunjuk sangat kebodohan 2.. puuuiii!!!!
apa-apa pon asal bukan che mat
lantak la kau nk beli apa pon, asal kau guna duit sendiri dan x melantok duit rakyat, aku x heran.. tapi jangan la sampai dok buat statement bodoh macam binawe... skang mende ni belum pecah mane lagi.. nanti dah terburai sapa nk tanggung...
mamat sorang lagi, ko kan dah lame tinggalkan
sape makan cili mesti rasa pedas
Sabtu, 20 Oktober 2012
tersadai....
di atas tanah gelombang kita melawan,
di dalam lemah kita berjuang,
jiwa meronta ingin kebebasan,
kalah menang bukan pilihan,
lelayang terbang tinggi,
kaki masih utuh terjejak bumi,
cuma hati menerawang jauh ke awan,
apa masih dikira pejuang,
apa kudrat ini sudah kalah berjuang,
tidak sekali goyah walau terbuang,
berjalan selagi nafas di jiwa,
walau jasad melayang di perosok dunia
21/7/12
Labels:
sajak
Selasa, 16 Oktober 2012
LAYAR LARA JIWA
kini aku kenal siapa lawan siapa kawan,
kini aku kenal apa fitnah apa benar,
kini aku kenal mana mata mana hati,
kini aku pasti makna hidup dan makna mati,
langkah diderap bak kuda kegersangan,
hatiku meruap umpama kebinatangan,
membenci tomahan fitnah dan kejahatan,
lawan kini menjadi pilihan,
usah dilayan syaitan terlarang,
jangan dilihat jalan dibelakang,
jiwa meronta harus lenturkan,
agar tidak merana dikemudian.....
17/10/12
Labels:
sajak
Jumaat, 22 Jun 2012
ANTARA AKIDAH SYI’AH YANG MENYELEWENG DAN BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM.
AGAMA SYI‘AH - Penyelewengan Al-Quran. Golongan Syi’ah terutamanya ulama-ulama yang menjadi paksi kepada agama mereka beri’tiqad bahawa al-Quran yang dihimpunkan oleh sahabat-sahabat r.a. dan berada di tangan umat Islam sekarang telah diselewengkan dan ditokok tambah. Antaranya Sayyid Ni`matullah al-Jazaairi mengatakan: “Bahawa tokoh-tokoh Syi‘ah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al-Quran (An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal. 30). Pegangan tersebut adalah berdasarkan kepada lebih daripada dua ribu riwayat sahih daripada imam-imam maksum di sisi mereka yang jelas menunjukkan berlakunya tahrif (penyelewengan) di dalam al- Quran.
AGAMA ISLAM- Ulama-ulama Islam sepakat bahawa kepercayaan bahawa al-Quran telah diselewengkan adalah satu kekufuran. Ibnu Qudamah berkata: “Tiada khilaf di kalangan orang-orang Islam pendapat tentang kufurnya orang yang mengingkari al-Quran sama ada satu surah atau satu ayat atau satu kalimah yang disepakati bahawa ia adalah al- Quran.” (Lam’ah al-I’tiqad Bab Al-Quran Adalah Kalam Allah jil. 1 hal. 17).
AGAMA SYI‘AH- Kepercayaan Bahawa Imam 12 dilantik dari pihak Allah, Mempunyai Sifat- Sifat Kenabian Bahkan Imam Dianggap Lebih Tinggi Daripada Nabi. Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Khomeini menyatakan: “Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lupa dan lalai.” (Khomeini, Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal. 91) Khomeini berkata lagi: "Sesungguhnya imam itu mempunyai kedudukan yang terpuji yang tidak sampai kepadanya malaikat yang hampir kepada Allah dan nabi lagi rasul". (Al-Hukumah al-Islamiah – hal 52)
AGAMA ISLAM- Maksum adalah sifat khusus para nabi dan rasul. Memberikan sifat tersebut kepada orang lain selain dari mereka bermakna menafikan ‘akidah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah penyudah sekalian nabi-nabi. Allah berfirman: “Nabi Muhammad itu bukan bapa bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup Nabi-nabi.” (Al-Ahzab 40)
AGAMA SYI‘AH- Al-Bada.’ Dari segi bahasa al-Bada' bermaksud nyata sesuatu yang sebelumnya tersembunyi. Menurut akidah Syi‘ah, al-Bada' ialah ilmu Allah berubah-ubah berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam kata lain, Allah mengetahui sesuatu perkara hanya selepas berlakunya perkara tersebut. Ini bermaksud Allah jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja’afar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya (sebagaimana ketentuan Allah kerana Syi’ah mengatakan imam-imam dilantik dari pihak Allah) dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika beliau masih hidup. Maka Ja’afar pun berkata: “Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-Bada’) berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku.” (Firaq as-Syiah hal. 84).
AGAMA ISLAM- Ilmu Allah sejak azali adalah meliputi segala sesuatu dan tidak berlaku sebarang perubahan kepadanya mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia. Allah menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran al- Karim: "Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan tidak jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.”(Al-Mukmin 19). Dan: “Dan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi segala sesuatu”.(Al-Talaq 12).
AGAMA SYI‘AH - Taqiyyah (Berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syi‘ah . Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Riwayat-riwayat tentang pentingnya taqiyyah di sisi Syi’ah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka. Antaranya apa yang dikemukakan oleh al-Kulaini: Abu Umar al-A'jami katanya Ja’far as-Sadiq a.s. berkata kepadaku "Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf (al-Usul Min al-Kafi, jil. 2 hal. 217).” Di antara hakikat taqiyyah ialah apa yang disebutkan oleh Imam Jaa’far As- Sadiq a.s. kepada Sulaiman bin Khalid (perawi hadis): “Wahai Sulaiman! Sesungguhnya engkau berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menyebarkannya akan dihina oleh Allah.” (Al-Kafi jil. 2, hal. 222)
AGAMA ISLAM - Jujur dan amanah adalah merupakan ciri penting di dalam Islam sehingga ia menjadi salah satu syarat kesempurnaan iman. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak beriman orang yang tidak mempunyai sifat amanah.” (Riwayat Imam Ahmad). Kerana itu ulama Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Syi‘ah kerana mereka mengamalkan pembohongan. Sehubungan dengan itu Imam Syafie berkata: “Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syi‘ah .” (Al-Kifayah, hal. 49, as- Suyuti, Tadrib Ar-Rawi, jilid 1, hal. 327)
AGAMA SYI‘AH - Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w. Akidah ini merupakan salah satu ciri yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syi’ah dan memisahkannya bermakna meruntuhkan ajaran Syi’ah itu sendiri. Al-Majlisi mengemukakan satu riwayat berbunyi: Kebanyakan sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq tersembunyi di zaman nabi. Tetapi apabila wafat Nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq itu melalui wasiat Nabi s.a.w. dan mereka itu kembali murtad”. (Bihar al-Anwar jil. 27, hal 64). Al-Kulaini meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir a.s. katanya: “Para sahabat telah menjadi murtad sepeninggalan Rasullullah s.a.w kecuali tiga orang dari mereka.” Aku bertanya (kata perawi): “Siapakah yang tiga itu?” Abu Jaafar menjawab: “Miqdad bin al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al- Farisi.”(ar-Raudhah Min al-Kafi, jil. 8 hal 245)
AGAMA ISLAM - Keadilan dan kedudukan sahabat yang tinggi adalah jelas berdasarkan al-Quran. Antaranya: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar”.(at-Taubah 100). Mengingkari yang sahabat adalah adil bererti mengingkari al-Quran.
AGAMA SYI‘AH - Menghalalkan Nikah Mut'ah. Nikah Mut’ah adalah sebenarnya perzinaan di atas nama Islam. Nikah Mut’ah ialah satu bentuk perkahwinan kontrak tanpa wali dan saksi, untuk suatu tempoh waktu tertentu dengan sedikit maskahwin sahaja dengan tiada sebarang tanggungjawab, nafkah, pusaka dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perkahwinan biasa. (al-Kafi jilid 5, ms 286), Perkahwinan ini semata-mata berlandaskan nafsu dan untuk berseronok. Boleh dikahwini sehingga seribu wanita (Wasaailu As Syiah jil. 14 hal. 480). Diriwayatkan daripada Muhammad Al-Baqir berkenaan mut'ah katanya: “Ianya bukan termasuk daripada empat (isteri). Mereka tidak diceraikan dan tidak mewarisi. Mereka hanyalah perempuan yang disewakan.” (al-Kafi jilid 5, ms 284). Tidak menganggap halal mut’ah seolah-olah tidak beriman. Diriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir katanya: “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah dan tidak menganggap halal mut’ah kita”. (Man La Yahduruhu al- Faqih jil.3 hal 458)
AGAMA ISLAM - Nikah Mut'ah yang diamalkan oleh Syi’ah tiada bezanya dengan perzinaan dan pelacuran di samping merendahkan martabat wanita serendah-rendahnya. Kerana itu ia telah diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadits-hadits sahih sebelum Baginda wafat melalui beberapa orang sahabat dan salah seorangnya adalah Saidina Ali sendiri seperti katanya: "Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai kampung." (Riwayat Ibn Majah dan al-Nasa’i)
Sabtu, 2 Jun 2012
APABILA AYAM BERBUNYI RUSA
KUALA TERENGGANU – Anggota keselamatan khususnya polis dan tentera diminta meletakkan jawatan sekiranya mempunyai hasrat menyertai parti pembangkang kerana tindakan itu jelas pengkhianatan kepada negara.Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada.
“Bagi saya, anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan memikul senjata, tetapi kalau libatkan diri dengan pembangkang, maknanya ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih rakyat.
“Tetapi apabila pulang ke rumah dan menanggalkan uniform untuk menyertai pembangkang, seolah-olah perjuangan (pertahankan negara) sia-sia kerana tanggungjawab mereka seharusnya menyokong kerajaan yang memerintah,” katanya ketika menghadiri Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu Hari Keluarga 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.
Ahmad berkata, sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi kepada kerajaan.
Menurutnya, setakat ini beliau belum terima laporan wujudnya senario itu dalam kalangan anggota keselamatan.
Berat mu ni MAT SAID, ada sokmo hok pelik...dulu yang ni
Isnin, 21 Mei 2012
DEMOKRASI DARI KACAMATA ISLAM
Definisi
Demokrasi memberikan maksud rakyat yang memerintah. Iaitu rakyat mempunyai kuasa dalam memilih pemerintah bagi negara mereka melalui sistem pilihanraya. Hal ini bermaksud undang-undang yang diguna pakai oleh negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini adalah berdasarkan suara majoriti rakyat.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-4, demokrasi memberikan maksud pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihanraya.
Sejarah Demokrasi
Perkataan asal bagi demokrasi adalah berasal dari Yunani. Ia memberikan maksud sebagaimana yan g telah dinyatakan di atas iaitu pemerintah rakyat atau kuasa rakyat.
Demokrasi ini pada asalnya merupakan satu bentuk aliran pemikiran berpolitik yang mana diguna pakai di bangsa Yunani sejak sebelum kelahiran Nabi Isa AS. Mereka menggunakan sistem demokrasi ini sebagai satu sistem dalam membentuk kesatuan dalam kalangan rakyat apabila sistem ini berjaya mengumpulkan seluruh rakyat untuk memilih ketua mereka. Dengan wujudnya sistem ini, ia menolak sistem diktator iaitu pemerintahan yang ditentukan oleh kerajaan tanpa ada ruang oleh rakyat untuk memilih. - kitab Qadhaya Fiqhiyyah Muasorah,tahun 4, Universiti Al-Azhar, Kaherah – m/s 8
Sistem ini mula berkembang di Eropah selepas zaman kegelapan yang berlaku. Zaman kegelapan menyaksikan apabila rakyat dizalimi dan dikuasai penuh oleh sati sistem pentadbiran yang dikawal oleg gereja dan paderi. Gereja mempunyai kuasa mutlak dengan mendoktrin rakyat bahawa kuasa tuhan diberikan kepada paderi-paderi dalam menentukan sesuatu walau ia bertentangan dengan undang-undang yang sedia ada. Selain itu lapisan masyarakat juga dibahagikan kepada 2 lapisan. Lapisan golongan bangsawan oleh pembesar-pembesar dan paderi-paderi mempunyai layanan yang istimewa dan kemewahan serta pangkat yang diwarisi. Manakala lapisan golongan bawahan oleh petani dan hamba sentiasa hidup dalam keadaan kemiskinan serta ditindas oleh kerajaan.
Bermulanya kebangkitan dengan bangkitnya golongan cendiakwan dan golongan cerdik pandai untuk membebaskan kongkongan gereja ke atas mereka dengan membawa perjuangan menyucikan atau meninggikan akal pemikiran yang dimiliki. Iaitu gereja tidak boleh lagi menghambakan rakyat atas nama wahyu, akidah, amanat tuhan dan sebagainya. Selagimana akal membenarkan sesuatu perkara, maka ia adalah benar.
Hal ini terjadi apabila gereja menggunakan kuasa mereka dengan menolak secara total dengan menggunakan doktrin ‘wahyu’ ke atas ilmu-ilmu moden dan teori-teori sains yang membawa kepada pembentangan ilmiah.
Hasil daripada itu, dalam Revolusi Perancis, rakyat terutama golongan bawahan mula bersatu dan bangkit bagi menjatuhkan kerajaan yang sedia ada bagi menggantikan satu kerajaan yang baru yang membela hak asasi kemanusiaan sejagat. - Kitab Fiqh An-Nawazul, bab Al-Ahzab Al-Islamiah Fi Al-Islam, oleh Sofi Ar-Rahman Al-Mubarakfuri – m/s 7-14
Maka hasil daripada itu, sistem demokrasi mula dipakai secara meluas di negara-negara Eropah. Dan sehingga kini, sistem demokrasi ini juga digunakan di rata-rata negara termasuklah negara kita, Malaysia yang mengadakan pilihanraya bagi rakyat memilih wakil-wakil mereka sebagai pemerintah.
Golongan Yang Menolak Sistem Demokrasi
Terdapat golongan yang menolak sistem demokrasi ini secara mutlak. Mereka tidak menerima bahawa demokrasi kerana ia jelas bertentangan dengan syariat Islam. Bahkan sistem demokrasi ini sebegini tidak pernah dilakukan di zaman Nabi SAW.
Terdapat beberapa alasan yang dikemukakan oleh golongan yang menolak sistem demokrasi ini secara mutlak :
1- Sistem dari pihak Barat bukan asal usul dari Islam
2- Demokrasi memberikan kuasa penuh kepada rakyat dalam membuat sebarang undang-undang bahkan dalam konteks yang melibatkan syara. Sedangkan Islam menetapkan bahawa hukum adalah milik Allah
3- Demokrasi meletakkan asas bahawa suara majoriti sebagai penentu sedangkan suara majoriti tidak menjamin akan keputusan yang pasti betul
4- Demokrasi bertentangan dengan konsep syura yang dianjurkan dalam Islam apabila konsep pilihanraya memberikan hak dan peluang kepada rakyat untuk memilih walaupun mereka tidak memenuhi syarat layak sebagai ahlul halli wa aqdi (anggota penilai dan pemutus keputusan) sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam
Beberapa hujah yang digunakan oleh mereka ialah :
1) Aisyah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda :
مَنْ أَحْدَثَ في أَمْرِنا هذا ما لَيْسَ مِنْه فَهُوَ رَدٌّ
“Sesiapa yang melakukan sesuatu yang baharu dalam urusan kami (agama) ini maka perkara tersebut bukanlah daripada urusan agama, maka ia adalah tertolak”. – Bukhari dan Muslim
Dalam riwayat lain oleh Muslim :
مَنْ عَمِلَ عَمَلا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنا فَهُوَ رَدّ
“Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan dan ia bukan daripada urusan kami (dalam agama), maka ia tertolak.”
Daripada ‘Irbadh bin Sariyah, Nabi SAW bersabda :
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وسُنَّةِ الخُلَفاء الراشِدِين المَهْدِيِّين عَضُّوا عَليها بالنَواجِذ وَإِيّاكُم وَمُمْحَدثات الأُمُور فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَة ضَلالَة
“Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku, dan sunnah sahabat Khulafa’ Ar-Rasyidin yang mereka ini diberikan hidayah dan gigitlah ia dengan gigi geraham (berpgang teguh dengan sunnah tersebut), maka jauhilah kami daripada pembaharuan yang yang direka-reka (dalam agama), maka sesungguhnya setiap bid’ah tersebut adalah sesat.” - Abu Daud dan At-Tirmizi
Justeru, sistem demokrasi adalah tertolak kerana ia merupakan rekaan di dalam Islam dan dicetuskan oleh pihak Barat.
2) Ayat Al-Quran pada Surah Al-A’raf pada ayat yang ke-3, bermaksud :
“Ikutlah apa yang telah diturunkan oleh tuhan kamu (Allah) kepada kamu.”
Maksud daripada firman Allah dalam surah Yusuf pada ayat ke-67 :
“Kuasa menetapkan sesuatu (hukum) itu hanya tertentu bagi Allah”
Justeru, demokrasi adalah bertentangan dengan Islam yang mana demokrasi memberikan kuasa sepenuhnya kepada rakyat dalam menggubal dan mencampuri urusan undang-undang bahkan syara’. Sedangkan syara’ adalah milik Allah dan Islam menetapkan bahawa Allah adalah kuasa mutlak yang tertinggi.
3) Dalam Islam, konsep syura adalah bagi mereka yang layak dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Islam. Dan syura inilah yang akan menentukan sesuatu keputusan yang dilakukan walaupun bilangan anggotanya adalah sedikit.
Hal ini dapat dilihat ketikamana perlantikan Saidina Abu Bakar menjadi khalifah yang pertama, beliau dibai’ah dahulu oleh 5 sahabat kemudian barulah diikuti oleh para sahabat yang lain. Hal ini berbeza dengan sistem demokrasi dalam pilihanraya yang meletakkan konsep majoirti adalah penentu.
Dalam Islam, sesuatu perkara hendaklah dirujuk kepada ahlinya, bukan hanya berdasarkan kepada majoriti suara semata-mata. Maksud daripada firman Allah dalam Surah An-Nisa’ pada ayat ke-59 :
“Wahai orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah rasul-Nya serta pemimpin kamu. Maka sekiranya kamu berselisihkan akan sesuatu perkara hendaklah kamu kembali atau rujuk kepada Allah dan rasul-Nya sekiranya kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.”
Ulama sepakat bahawa yang dimaksudkan dengan kembali atau rujuk kepada Allah dan rasul adalah rujuk kepada Al-Quran dan hadis. Maka bukan semua orang mampu atau berautoriti dalam menguruskan hal ini melainkan ulama dan mereka yang mendalami ilmu agama. Maka dalam sistem pilihanraya, jelas ia bertentangan dengan Islam, kerana bukan semua rakyat adalah ulama dan mendalami ilmu agama, maka bagaimana boleh dikira suara majoriti mereka adalah penentu?
Saidina Umar di zaman pemerintahannya memilih 6 sahabat sebagai anggota syura dalam membincang pelbagai perkara. Bahkan banyak pembaharuan yang dilakukan di zaman beliau. Beliau, Saidina Umar tidak mengambil majoriti suara rakyat yang berada di bawah, namun hanya memadai dengan suara majoriti daripada 6 sahabat yang dipilih. Hal ini menunjukkan suara majoriti rakyat sebagaimana yang digunapakai dalam sistem pilihnaraya demokrasi ini bukanlah menjamin sesuatu keputusan tersebut adalah betul. Bahkan konsep syura adalah bergantung kepada ahlinya iaitu mereka yang mempunyai kelayakan bukan semua rakyat.
Demokrasi Dari Kacamata Islam
Demokrasi Dari Kacamata Islam
Sebagaimana yang dinyatakan di atas, demokrasi merupakan sistem yang memberikan ruang kepada rakyat untuk memilih wakil-wakil mereka dalam pilihanraya yang diadakan. Ia mengambil kira majoriti suara rakyat dan meletakkan ia sebagai timbangan pilihan rakyat secara bebas.
Sistem demokrasi adalah tidak lain, pada asalnya bagi memberikan hak sama rata kepada rakyat dan kebebasan. Maksudnya setiap individu layak untuk bertanding menjadi calon. Ia sekaligus menolak sistem pemerintahan secara diktator. Rakyat juga diberikan ruang untuk menilai dan muhasabah pemerintah yang sedia ada bagi menentukan pemerintah bagi sesi akan datang.
Justeru, dalam Islam, demokrasi yang dilihat dari sudut politik ini dalam memberikan kebebesan untuk memilih pemimpin mereka melalui pilihanraya yang adil dan telus adalah menepati syariat Islam. Dan inilah sebenar tuntutan Islam dalam mewujudkan pentadbiran yang adil.
Sehubungan itu, alasan dan serta hujah yang dibawa oleh golongan yang menolak sistem demokrasi secara total akan dijawab dengan beberapa hujah yang akan dibentangkan sebentar lagi.
1) Menjawab : Sistem demokrasi adalah celupan daripada pihak Barat dan ia merupakan rekaan dalam Islam
Berdasarkan hadis-hadis yang menerangkan berkenaan bid’ah dan kewajipan memegang sunnah merupakan perkara yang disepakati oleh ulama. Sistem demokrasi walaupun ia tidak pernah dilakukan oleh baginda SAW namun ia bukanlah menjadi hujah ia tertolak. Hal ini demikian kerana, bid’ah yang terlarang adalah yang bercanggah dengan Islam. Demokrasi membawa ke arah kebebesan bersuara dan hak sama rata dan ia tidak bercanggah dengan Islam. Disebabkan itu, alasan “apa yang Nabi SAW tidak pernah lakukan” bukanlah hujah. Untuk perbahasan terperinci rujuk artikel lepas di :http://www.manhal.pmram.org/2012/05/nabi-saw-tidak-pernah-lakukan-hujah.html
Bahkan Islam tidak melarang untuk mempraktikkan sesuatu teori atau teknik (dalam konteks urusan keduniaan) daripada orang bukan Islam. Dalam peperangan Khandak, sistem parit adalah hasil idea daripada Farsi. Bahkan selepas peperangan Badar, Nabi SAW menyuruh setiap tawanan Badar untuk mengajar menulis dan membaca akan 10 kanak-kanak Islam di Madinah. Saidina Umar di zaman pemerintahannya juga melaksanakan sistem jabatan dan cukai melihat kepada kerajaan dunia yang lain. Maka inilah yang disebutkan sebagai “Kebijaksaan tersebut adalah barang hilang kepunyaan orang mukmin, maka sesiapa orang Islam yang mendapatinya maka ia (orang Islam) lebih berhak untuk menggunakannya.” – Fatwa Syeikh Ali Jumaah dalam kitab Al-Bayan Lima Yashghulu Al-Azhan, ms – 93-95
2) Menjawab : Demokrasi memberikan manusia kuasa mutlak mengatasi kuasa Allah
Demokrasi yang diterima dalam Islam bukanlah sehingga memberikan hak mutlak kepada rakyat dalam memerintah sehingga perkara syarak dan melebih kuasa tuhan. Islam menjaga akan ketetapan-ketetapan yang telah diperuntukkan.
Dalm konteks demokrasi yang diterima dalam Islam, hak memerintah adalah bagi memilih pemerintah untuk mengurusan dan mentadbir urusan dunia sahaja. Bermaksud, kebebasan tersebut adalah untuk memilih pemimpin mereka untuk melaksanakan amanah dalam menjaga agama dan hak asasi secara adil.
Dr Yusuf Al-Qardhawi berkata di dalam kitab Ad-Din Wa As-Siyasah :
“Yang kita maksudkan dengan demokrasi (yang diterima dalam Islam) ialah dari sudut politiknya iaitu intipati demokrasi ialah rakyat memilih pemerintah yang akan mentadbir urusan negara. Maka ini sebagaimana yang ditekankan oleh Islam melalui konsep syura dan bai’ah. Hal ini demikian kerana Islam menolak dan mencela sistem pemerintahan firaun dan diktator. Dan sesungguhnya Allah bersama-sama dengan jemaah. Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda kepada Abu Bakar dan Umar : {Sekiranya kamu berdua bersepakat dalam satu pandangan, maka aku tidak akan bertentangan dengan kamu.[1]} Hadis ini menjadi dalil bahawa Nabi SAW memperakui akan suara majoriti.”
Mufti Mesir, Syeikh Ali Jumaah dalam kitab Al-Bayan Lima Yashghulu Al-Azhan menyebutkan bahawa :
“Apabila kita menyebut akan demokrasi yang dikehendaki, bukanlah bermaksud kuasa rakyat menggantikan kuasa Allah. Demokrasi yang diterima di negara-negara Islam ialah dari konteks meletakkan dasar dari sudut politik untuk memilih pemerintah, konsep syura, nasihat, amar makruf nahi mungkar dan menentang kezaliman. Dengan erti kata lain, demokrasi yang diterima ialah ia sebagai wasilah atau cara dalam mencapai satu taraf hidup yang lebih baik dan terjaga kehormatan (dengan cara memilih pemimpin yang adil). Justeru, tidak menjadi masalah menggunakan istilah barat seperti ‘demokrasi’ keranahukum bukan dilihat pada sesuatu nama akan tetapi dilihat kepada intipati sesuatu tersebut.”
Disebabkan itu, dalam sistem demokrasi yang diterima oleh Islam ialah kita bukan taqlid iaitu mengikuti secara mutlak sebagaiman yang dilakukan oleh pihak Barat. Akan tetapi kita mengambil apa yang baik dan bersesuaian dengan tidak bercanggah dengan Islam. Justeru, apabila demokrasi yang dijalankan dari sudut politikl iaitu memberikan ruang untuk rakyat menilai dan memilih pemerintah tanpa melebihkan sehingga melampaui had syara, maka ia tidak bermasalah.
Justeru, yang dimaksudkan dengan kuasa rakyat atau pemerintahan rakyat ialah dari sudut menafikan pemerintahan mutlak seseorang atau diktator, bukannya menolak kuasa Allah dari konteks syara’.
3) Menjawab : Konsep syura adalah tidak sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam
Intipati demokrasi ialah syura dalam memilih pemerintah melalui pilihanraya. Islam juga akan mementingkan konsep syura kerana Allah bersama-sama dengan jemaah. Dan juga keputusan yang dibuat melalui syura iaitu perbincangan adalah terlebih baik daripada keputusan individu semata-mata.
Hal ini demikian kerana pemerintahan secara diktator menggunakan kausa mutlak untuk memilih pengganti atau mengadakan pilihanraya sebagai gimik namun suara majoriti rakyat diketepikan.
Justeru demokrasi yang diterima oleh Islam ialah melihat kepada intipati sistem tersebut iaitu konsep syura. Adapun hujah berdasarkan ayat Al-Quran dalam surah An-Nisa pada ayat ke-59 yang memberikan maksud hanya ulama dan mereka yang mendalami ilmu agama sahaja yang layak dalam konteks rujuk dan mengkaji mengani urusan agama. Perkara ini adalah sepakat ulama. Namun begitu, perlu ingat bahawa ia hanya dalam konteks agama kerana ulama adalah orang yang mempunyai kemahiran dalam bidang agama.
Adapun dalam konteks urusan keduniaan seperti pilihanraya yang merupakan wasilah yang bersesuaian pada kehidupan hari ini, maka ia merupakan perkara ijtihad dalam urusan dunia yang terserah kepada manusia umum untuk membuat pilihan. Justeru, ia mestilah memerlukan kepada suara majoriti dalam membuat sesuatu keputusan sebagaimana juga dalam konteks syura atau mesyuarat.
Maka ia tidak ada masalah kerana bukanlah apa yang ditentukan oleh manusia tersebut akan sesuatu pilihan adalah tercela secara mutlak. Justeru, dalam konteks ini Allah memberikan ruang kepada akal yang diberikan untuk menilai dan membuat pilihan selagimana pilihan tersebut tidak bertentangn dengan syara’.
Maka jelas, rakyat merupakan ahlinya dalam memilih pemerintah mereka kerana mereka tahu apa akan calon-calon yang bertanding dan mereka mampu menilai mana calon yang akan menjalankan amanah dengan baik dan adil.
Dr Wahbah Az-Zuhaily berkata 3 syarat bagi menjadikan mereka sebagai ahli dalam sesuatu perbincangan dan keputusan seperti pengundi :
- Adil dalam membuat keputusan
- Mempunyai pengetahun asas berkaitan sifat yang mesti dimiliki oleh seorang pemerintah
- Bijaksana ketika membuat pilihan atau undian
Justeru, dengan kemajuan teknologi yang ada, sumber maklumat yang luas dan jaringan media yang tersebar, maka rakyat mampu menilai dalkam konteks pilihanraya. Maka apabila rakyat mempunyai syarat ini maka, pilihanraya jelas menjadi konsep syura yang terbesar dalam menentukan pemerintah mereka.
Mengenai bilangan ahli syura sebagaimana alasan atau hujah yang dibawakan oleh pihak yang menolak demokrasi secara total dengan mengatakan memadai Saidina Umar melantik 6 sahabat sebagai ahli syura beliau, maka tidak ada dalil daripada Al-Quran dan sunnah serta ijma’ yang menetapkan bilangan yang tertentu. Ia adalah bergantung kepada ijtihad. – Dr Wahbah Az-Zuhaily, kitab Fiqh Adillah Wa Adillatuh, jilid ke-8 – m/s 6172
Justeru, tidak ada masalah jika, dalam pilihanraya, kerajaan menetapkan bahawa semua rakyat yang mencukupi syarat-syarat tertentu untuk mengundi ia dikira sebagai saksi dalam memberikan undi. Dan ia tidaklah bertentangan dengan konsep syura dalam Islam sebagaimana maksud daripada firman Allah dalam Surah Ali Imran pada ayat ke-159:
“Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam sesuatu perkara. Maka apabila kamu telah berazam maka tawakkallah kepada Allah.
Kesimpulan
Kesimpulan
Maka berdasarkan kepada kita, jelas bahawa demokrasi wujud di dalam Islam sebagaimana yang telah dinyatakan di atas. Namun begitu, sistem demokrasi di dalam Islam mestilah bukan sebagaimana yang dianjurkan oleh pihak Barat iaitu sehingga melampaui had syara’. Maka selagimana demokrasi yang diamalkan dari sudut politik dalam mengadakan pilihanraya yang adil dan telus untuk memberikan rakyat menilai dan membuat pilihan untuk memilih wakil mereka, maka ia tidak bercanggah dengan syara’. Hal ini dikuatkan lagi apabila demokrasi yang ada pada hari ini adalah :
1- Menolak sistem diktator atau pemerintahan ala firaun yang menggunakan kuasa yang sewenang-wenang dengan menzalimi rakyat.
Maksud daripada firman Allah dalam surah Al-Qasas pada ayat ke-4 :
“Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas satu puak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.”
2- Pilihan adalah berdasarkan keputusan suara majoriti. Ia merupakan konsep syura dalam membuat sesuatu pilihan.
3- Pemerintah yang dipilih merupakan pilihan majoriti rakyat. Pemerintah yang dikasihi dan diredhai oleh kebanyakkan rakyat.
Daripada Ibnu Abbas meriwayatkan, Nabi SAW bersabda :
“3 golongan yang tidak diteriman solat mereka : lelaki atau satu kaum yang mereka ini dibenci, wanita (isteri) yang dimuraki oleh suaminya dan dua saudara yang bermusuh-musuhan.” – Ibnu Majah no 971
Berdasarkan hadis di atas, Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebut, maka apabila seseorang yang dipilih untuk menjadi imam solat hendaklah ia disukai oleh para makmumnya supaya solat yang diimami tersebut diterima. Justeru, penjagaan ini dalam konteks imam solat, maka lebih-lebih lagi dari konteks pemerintah negara, ia mestilah disukai dan disenangi oleh rakyatnya.
Nabi SAW bersabda :
“Sebaik-baik pemimpin kamu ialah kamu mengasihi mereka dan mereka mengasihi kamu, kamu mendoakan merekan dan mereka mendoakan kamu. Dan seburuk-buruk pemimpin ialah kamu membenci mereka dan mereka membenci kamu dan kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.” – Muslim no 1855
Wallahu a’lam
"Membentuk Dengan Acuan Al-Azhar"
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Disediakan oleh :
Muhamad Zuhaili Saiman
Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012
Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012
Rujukan :
1- Al-Bayan Lima Yashghulu Al-Azhan, oleh Syeikh Ali Jumaah, cetakan Al-Muqattam Li An-Nasyr Wa At-Tauzik
2- Fiqh Al-Islam Wa Adillatuh, jilid ke-8, oleh Dr Wahbah Az-Zuhaily, cetakan Dar Al-Fikr
3- Al-Islam Wa As-Siyasah, Dr Muhamad Imarah, cetakan Dar At-Tauzik Wa An-Nayr
4- Ad-Din Wa As-Siyasah, oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, cetakan Maktabah Wahbah
5- Qadhaya Fiqhiyyah Mu’asorah, kitab Syariah Islamiah tahun 4, Universiti Al-Azhar, Kaherah
Langgan:
Ulasan (Atom)







.jpg)




.jpg)

.jpg)
