Nuffang Ads

Pages

Selasa, 31 Januari 2012

7 Lokasi Paling Purba Di Dunia


Tujuan post kali ni adalah untuk mempromosikan blog salah seorang daripada sahabat aku iaitu amir. Ambe doakan selamat maju jaya kepada lu bro. Kepada semua pembaca, saya disini ingin mengesyorkan agar semua pembaca dapat Ikuti dan hayatilah keindahan panorama dunia ciptaan tuhan ini hanya di http://duniatersembunyi-ace.blogspot.com.
1. Pyramid of Giza
Piramid-piramid di Mesir sudah selalu dikatakan sebagai yang struktur pembinaan yang paling menakjubkan yang pernah dibina di dunia dan piramid Giza antara yang teristimewa. Piramid giza ini adalah pembinaan piramid yang terbesar dan Piramid Khufu merupakan satu daripada 7 benda ajaib lampau yang masih teguh berdiri. Lebih 10 juta pengunjung yang datang ke Mesir untuk menerokai piramid ini tertarik dengan misteri pembinaan piramid-piramid ini lantaran waktu pembinaan dalam tamadun yang tidak mempunyai teknologi canggih seperti hari ini.

2. Acropolis of Athens
Bangunan ini dikenalpasti sebagai pembinaan paling kompleks dan unik yang ditinggalkan oleh tamadunGreek Purba kepada masyarakat dunia. The Acropolis of Athen adalah antara tapak purba paling kerap dilawati di dunia. Pengunjung datang untuk melihat sendiri hasil ciptaan pengukir terkenalPheidias. Proses baik pulih telah mula dijalankan sejak tahun 1975 dan masih diteruskan sehingga kini.

3. Machu Pichu
Kawasan pelancongan paling popular di Peru, Machu Pichu telah digambarkan oleh UNESCO sebagai “an absolute masterpiece of architecture and a unique testimony to the Inca civilization”. Dibina dalam tahun 1460 pada altitude 2400 meter di atas paras laut, Machu Pichu telah ditinggalkan 100 tahun kemudian, sewaktu penjajahan Sepanyol. Terletak hanya 50 batu barat laut ibu kota lama Inca, Cusco,Machu Pichu tidak pernah ditemui oleh penjajah Sepanyol dan hanya ditemui pada tahun 1911 sewaktu Hiram Bingham, seorang sejarawan Amerika telah dibawa ke kawasan tinggalan ini oleh penduduk Cusco. Sejak itu, ia telah menjadi kawasan pelancongan utama dunia.

4. Stonehenge
Stonehenge adalah kawasan prasejarah yang terletak di negeri Wiltshire, lebih kurang 3.2 kilometer daripada Amesbury. Pakar arkeologi menganggarkan bahawa monument batuan ini telah didirikan sekitar tahun 2500 BC dipercayai digunakan sebagai kawasan perkuburan lampau. Selain menjadi kawasan purba tarikan pelancong, ia juga telah diiktiraf di dalam UNESCO’s list of World Heritage Sites in 1986.

5. Chichen Itza
Satu daripada contoh terunggul dan unik daripada senibina MayaChichen Itza adalah satu kawasan tinggalan besar yang terletak di Utara Semenanjung Yucatan. Walaupun penemuan arkeologi telah menunjukkan kawasan purba ini musnah dalam tahun 1000 AD, tinggalan jalan yang menghubungkan semua struktur utama kota dan senibina yang kompleks menggambarkan betapa majunya peradaban purba ini suatu masa dahulu. El Castilo, juga dikenali sebagai Temple of Kukulkan, telah dinamakan sebagai satu daripada New Seven Wonders of The World selepas pengundian antarabangsa. 
6. Pompeii
Terletak berdekatan Naples di daerah Campania, ItalyPompeii adalah kawasan tinggalan purba di kota Rom, tertimbun dibawah aliran larva dan debu-debu sewaktu letusan Gunung Vesuvius dalam tahun 79 AD. Setelah sekian lama, Pompeii telah ditemui semula secara tidak sengaja pada tahun 1748 dan penemuan seterusnya membongkar rahsia kehidupan sewaktu zaman kegemilangan empayar Rom. Kawasan tinggalan ini adalah antara yag paling popular di Itali dengan lebih 2.5 juta pengunjung pada tahun 2008 sahaja.

7. Ayutthaya
Dibina pada tahun 1350 oleh King U-ThongAyutthaya pernah menjadi ibu kota kerajaan Siam dan merupakan satu daripada Bandar paling besar di dunia ketika itu dengan populasi seramai lebih kurang 1 juta penduduk dalam tahun 1700. Ia juga merupakan antara Bandar paling cantik di dunia dengan 3 istana mewah dan lebih 400 kuil keagamaan. Ayutthaya telah dibakar oleh tentera Burma sekitar tahun 1767, namun begitu, ia masih mampu menarik jutaan pelancong setiap tahun yang bersemangat untuk melihat tinggalan hebat Thailand ini.

ONLY IN INDIA


Alamak! nasib baik sempat brek dengan kaki.

Kretip, xpayah nak beli pelampung..JIMAT!!!

Mak aii...ayam nie....lawan tokey nampak...

Hai bang..takkan guna pistol mainan jerk...

Bang...dah wat endosement dekat JPJ ker nie...

Caya lah..ada air bag tue...

Confirm xhilang punya...gud idea...

Apa kaitan dengan ayam dengan bina badan ek...

Hahaha...teknik terbaik untuk call sambil memandu...leh tiru nie..

Terbaik!! kupas bawang sampai esok pun tak apa nie...

Hmm...nasib la jadi bini orang nie...ke dapat hadiah bini pakel skali dengan barang nie

SUMBER

N'N:Betulkah semuanya berlaku di India, Wallahua'lam.....

Isnin, 30 Januari 2012

Panglima 7: Inilah Peribahasa Melayu Yang Sebenar...Nape Tak P...

Panglima 7: Inilah Peribahasa Melayu Yang Sebenar...Nape Tak P...: Bismillahirrahmaanirrohimm.. Assalamualaikum Wbr. Bercerita bab Peribahasa Melayu nie...Panglima nak kongsi sebuah email yang Panglima te...

Khamis, 19 Januari 2012

AMALAN UNTUK SELAMAT DARI SEKSA KUBUR



Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :- 

1.Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2.Hasan (anak Fatima r.a) 

3.Husin (anak Faimah r.a) 

4.Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a 

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)." 

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :- 

1.Hendaklah ia menjaga solatnya 

2.Hendaklah dia bersedekah 

3.Hendaklah dia membaca al-Quran 

4.Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :- 

1.Jangan berdusta 

2.Jangan mengkhianat 

3.Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini) 

4.Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. 

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. 

Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al- Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya. 

Selasa, 17 Januari 2012

SURAT RASMI UNTUK BERPOLIGAMI



Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon,


Suami bin Lelaki


Ahad, 8 Januari 2012

ANWAR TIDAK BERSALAH

Mahkamah Tinggi KL membebaskan dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti, iaitu DNA dan oral lisan tidak boleh sabit kesalahan.

Sabtu, 7 Januari 2012

Aku Mat Rempit...Pengikut Ustaz Azhar


Petikan dari sebuah Facebook seorang anak muda Terengganu
(  Diedit serba sedikit supaya mudah difahami)



   Sebagai MAT REMPIT berjaya...aktiviti malam aku sering dipenuhi dengan aktiviti  berlumba mutor dan menghuru harakan bandar kuala terengganu sambil bawak awek(minah rempit). Bagi aku itu adalah satu bentuk hiburan yang amat menyeronokkan dan kene dengan jiwa remaja. Siang malam..HIDUPKU hanyalah pada mutor 125Z meroh, no plat BGH 12**.  Awek ku DENGAN free hair dan pakaian DOP cukup kain akan selalu menjadi pembonceng tetap aku setiap malam. Namun aku bersyukur kerana tidak terjebak dengan DOSA ZINA(hampir TERJEBAK) dimana terlalu ramai saeng2 seangkatan ku tewas dengan NAFSU serakah. Mungkin Allah S.W.T masih sayangkan aku.




SERIUS aku mengaku 24 tahun hidup, aku memang dop kenal tikor sembahyang...apatah lagi nok GIsurau bala atau majlis ilmu..JAUH...Ayoh ngan MOK aku dop tahu nok buat mende(buntu).. bebelan MOK dan penampOr singgang AYOH jadi rutin harian aku  ..BUKAN niat aku untuk membuka AIB aku ATAU sesiapa...tapi hanya sekadar BERKONGSI dengan saeng2..



  . Aku mula KENAL dengan Ustaz Azhar pada  awal 2008. CERITANYE.. Aku secara DOP SENGAJA terdengar kuliah Ustaz yang dipasang di VCD Player oleh AYOH. Mase tu aku dup dalam bilik..Ayoh aku sengelen(sengaja) pasang kuat...nok cyco aku..NOK SUH AKU DENGOR.. Aku masih ingat lagi AYAT Ustaz Azhar yang MENARIK perhatian aku untuk terus mendengar kuliah beliau(padahal selama ni,,,dop pernah seumur hidup..aku minat Kuliah agama yang  mengantuk dan bosan...jiwa rempit la SANGAT)..KATA USTAZ AZHAR...


'' Mung nok jadi mat rempit, jadi artis ker,,jadi mende2 pown..dop SALOH.. Tapi dengan syarat kene ikut syariat Islam..Doh nok uat guane memang mung wahi bawok mutor laju...Islam dop sekat...asalkan time semayang,,mung sembahyang...time gi surau...mung gi surau...NABI pown suh ayah2 ajar anok2 nek kuda...KUDA zaman lening mutorsikal r.."

satu agi..


"Mung nok bawok orang puan atah mutor dop saloh..BULEH...tapi dengan syarat...mung letok ayah orang puan tu tengoh2..."HAHA

  Jadi mat rempit dop saloh!!..selama ni mat rempit sokmo(selalu) dicop sebagai musuh utama negara..JAHAT...dop layok buat NATU(MENANTU)..tak dop Mase depan..PERAGUT...Punoh..TAPI tiba2 seorang Ustaz KABO(beritahu) bahawa jadi MAT REMPIT dop saloh...tapi kene semayang...kene gi sura bala( surau dan balai)..BULEH TAHAN GOK USTAZ NI..lawok spontan dan contoh2 hok Ustaz beri memang kena dengan situasi..MUDOH PAHAM..aku jadi ketagih..Aku CARI video Ustaz Azhar dari member2...aku bluetooth..letak dalam Nset aku (selama nim dup bluetooth B*** sokmo) .


Aku SHARE plop dengan member2 lain. Aku share bagi ker AWEK aku...Aku dop MISS gi dengar kuliah Ustaz Azhar terutama di sekitar Kuala Terengganu...Surau Pok Tuyu, Surau Flat Gelung Bilal, Surau Ladang, surau wan esah dan lain jadi tempat wajib ( dulu kalu lepah garib(magrib)...batu burok, durian burung, wakaf beruas, jalan airpot jadi kewajipan) . Alhamdulillah, aku mula SOLAT cukup lima waktu...aku tahu mok ngan ayoh aku suke sangat tengok aku beruboh...sebab sebelum gi kuliah Ustaz Azhar..dapat duit isi minyak rm 20..masyuk..huhu..mungkin  gembira bedooh(teramat) tengok aku beruboh..siap SPONSER minyak 2T agi bulan2..selama ni dop bau laa...


Hok paling aku suke...awek aku pakai tudung doh..name yer Fatin (bukan name sebenor..tapi memang COMEL r boh..tengok ayat r..haha) ...siap paka baju kurung sokmo..dop NGEPONG doh mutor ngam aku...sebab aku kate ker dyer...lau mung nok nek mutor ngam aku..mung kene ajok AYOH mung etek..hahaha. Sebab Ustaz Azhar kabo..nok couple dop saloh..asalkan kene niat nok uat BINI ..pahtu lau jupe jangan dup pegang2 r..jangan jupe tempat tak dop orang...sebab mung nok uat bini kam...kene jage r MARUAH bakal bini mung...InsyaAllah..2/4/2012..aku nok nikoh dengan dia...jeput mari belake neh...rumah depan Keda Sabasun..hahaha


GituLA serba sedikit kisoh aku...PENANGAN USTAZ AZHAR..memang sangat hebat..bayangkan pok sedare aku( adik ayoh) hok dulu seorang penagih dadoh tegar...kini molek2 ade jadi pengikut setia Ustaz Azhar...siap dapat kawin dengan ustazah agi...dapat pulop kerje sedap...BERKATnya kalu saeng ngan ULAMA'...berapa RAMAI ARTIS yang berpusu2 berhijrah hasil penangan Ustaz Azhar.. BOB lokhman, Sham kamikaze, Iwan dandut, Bob Kuman, dan Wahid Senario(sekadar sebut beberapa nama)...akhir kata..JOM GI KULIAH...kikikiki...


dop seke pando gok aku uat karangan...spm..BM cukup2 makan..mitok maaf banyak kalu dop paham..


Ya Allah Ya Tuhanku...banyok dosaku PadaMu ya Allah...Aku Mohon Keampunanpu YaAllah...Kekalkan aku dalam Hidayahmu..janganlah engkau pesongkan hati Hambamu ini...setelah Engkau beri petunjuk..tempatkan aku dalam kalangan orang2 yang beriman ..Ya Allah...Matikanlah aku dalam iman...AMIN(mohon sahabat doakan)


ADMIN: Orang Muda sebenarnya nak kepada Agama..tapi kerajaan Umno Beend bodo macam Lembu...Ustaz.. dia dok beri NGAJOR...hiburan 24 jam...ARTIS beri sokmo permit..KALU BULEH,,,suruh artis buat konsert MAKSIAT tiap hari..PUNOH ranoh HABIS budok2 muda...BODO KE CERDIK??


layan video nim.. 








 




P/S- di copy dari http://pascawanganpulaukerengga.blogspot.com/2012/01/aku-mat-rempitpengikut-ustaz-azhar.html?spref=fb
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...