Nuffang Ads

Pages

Sabtu, 29 Oktober 2011

hudud


     Pemimpin merupakan umara @ khalifah di muka bumi ALLAH ini....
oleh itu umara seharusnya sentiasa bersama golongan ulama dalam melaksanakan apa jua keputusan berkaitan pemerintahan....
hukum islam harus ditegakkan...jangan tunggu sampai turun bala baru hendak menyesal



       Namun negaraku tiada pemimpin yg betul2 beriman..... lihatlah kenyataan2 pemimpin negaraku yg masih lagi terpaut kemas dengan hukuk buatan manusia penjajah ( BRITISH)... sampai bila lagi malaysia akan terus bergelumang dengan maksiat, maksiat dan maksiat????????? sedarlah wahai manusia yg terlibat dalam memilih pemimpin sebegini, kamu pon akan turut sama menanggung dosa disebabkan perkara sebegini,insaflah.......

hidupku ini,....



Peperiksaan sudah hampir tiba...

namun adakah kita sudah bersedia????

begitu juga aku yang masih gembira dengan kehidupan seharian di

dalam dorm:- CTH- main PES, tdo, kcau zubir dan sembang ( sesuai

dgn tajuk blog aku KAKISEMBANG.blogspot )....hahahaha...

tapi sampai bila aku nk main????

x kan last minute bru nk study????

fikirkanlah............


aku tengok, ramai budak2 yg nk exam study sampai x tdo....

ada yg sampai pukul 3 pagi blom balik bilik lagi, ish2.. hebat2.

tapi aku masih khayal dengan dunia aku....

siap ada yg study sampai x de masa nk buat aktiviti lain...

betul2 rajinlah, tp jangan sampai tertekan.....




ape-pe pon, dalam kita dok sbuk study,study dan study.... janganlah kita lupa kepadanya kerana semua kejayaan yang datang adalah daripadanya.....
dalam kita berusaha, selitkan juga dengan doa dan tawakal....
semoga pe yang kita buat, yang kita harap mendapat rahmat daripada ALLAH S.W.T.....


akhir kalam, aku doakan agar semua usaha dan tawakal kita akan memperoleh hasil seperti yang diharapkan....bangunlah dari tidur lena yang lama ini kerana masa yang ada sudah hampir tamat....
teruskan berusaha wahai sahabat semua!!!!!!!


ps- an apple a day can keep you away from a doctor...hehehe

amukan anak krakatoa




JAKARTA 22 Okt. - Kekerapan aktiviti gunung berapi Anak Krakatau semakin aktif sejak kebelakangan ini dan menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan ia akan meletus dengan lebih besar berbanding kejadian pada 2007.
Menurut laporan yang dikeluarkan pihak berkuasa, kemungkinan itu berdasarkan kepada kekerapan gempa dan pelepasan gas belerang di gunung itu.
Namun, letusan Anak Krakatau kali ini dijangka tidak sekuat yang pernah berlaku pada tahun 1883 yang sekali gus memusnahkan gunung Krakatau.
Ketua Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, Surono berkata, aktiviti Anak Krakatau sejak kebelakangan ini berlaku sangat kerap dengan catatan lima kali gempa setiap minit.
Jelasnya, aktiviti gempa di gunung berkenaan berlaku sehingga 5,000 kali dalam sehari dan ia memberi petanda kemungkinan letusan besar akan berlaku.
‘‘Apa yang menghairankan ialah kejadian gempa sehingga ribuan kali di Anak Krakatau itu merupakan fenomena baru.
‘‘Berbanding dengan gunung berapi lain dengan status amarannya di peringkat berjaga-jaga, ia sekadar mencatat puluhan hingga ratusan gempa dalam sehari,’’ katanya seperti dipetik akhbar Kompas hari ini.
Kata Surono, berikutan pelepasan gas belerang pada Anak Krakatau, ia menyebabkan gunung berapi berkenaan diliputi lapisan belerang putih kekuningan.
“Ia merupakan suatu fenomena yang belum pernah berlaku sebelum ini,” ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Surono meminta masyarakat setempat supaya tidak cemas dengan perkembangan terbaru Anak Krakatau kerana magmanya itu bersifat cair dan kurang gas.
‘‘Ia tidak seperti sifat magma kental pada gunung berapi Krakatau yang meletus pada 1883,’’ tegasnya.
Sementara itu, pihak pemerintah Indonesia mengeluarkan amaran berjaga-jaga dan menasihatkan masyarakat menjauhi Anak Krakatau dengan menetapkan zon bahaya pada jarak 2 kilometer dari kawahnya.
Letusan Krakatau pada 1883 telah mengorbankan 36,000
orang akibat terkena abu panas serta bencana tsunami yang melanda wilayah Lampung dan Banten. - mINGGUAN Malaysia, 23/10/2011

Aziz Bari


GOMBAK, 22 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat menyeru semua pihak termasuk universiti, tidak menyekat ahli akademik menyuarakan padangan akademik mereka.

Mengulas isu penggantungan pensyarah Undang-undang, Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau berkata  ahli akademik perlu diberi peluang mengulas apa jua isu mengikut kepakaran akademik yang dimiliki mereka.

"Aziz Bari ni orang akademik. Berilah peluang orang akademik berakademik," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 anjuran Lajnah ICT PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar di sini.

"Dia juga pakar perlembagaan, saya tak fikir pakar perlembagaan buat benda bercanggah dengan perlembagaan," katanya sebagai membantah tindakan penggantungan oleh UIAM itu.

Kelmarin UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober d untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

"Dua hari lalu dia ada orang tulis dalam surat khabar, ada orang kata 'natang' kepada raja-raja Melayu tapi tak ada apa-apa tindakan pun.

"Rakyat jadi pelik, apa dah jadi ni," soal Tuan Guru Nik Aziz.

Sementara itu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari.

Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih
salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah.

"Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya._ dipetik daripada harakahdaily 23/10/2011

tatapan berharga....





Daripada Abdul Rahman Bin Samurah R.A berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang daripada umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.
2. Aku melihat seorang daripada umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan menggunakan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi oleh kerana SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dia dihalang daripada meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T memberinya minum hingga dia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpin ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

7. Aku melihat seorang daripada umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T lalu menabir muka dan kepalanya daripada bahaya api tersebut.

kenangan lamaku....


hahaha, aku teringat kembali kepada zaman2 aku masih bersekolah rendah dahulu apabila aku meliha gambar ini....mjurlah kawan aku SHUKERI ada lagi gambar ni....aku rasa ni satu2 nyer gambar aku masa sekolah rendah yang ada.....
apabila ku renung gambar ini aku terkenang kepada kenangan2 lama samada ia manis, pahit, gembira, suka, duka dan macam2....tapi itu semua sudah menjadi sejarah dan kenangan yang terindah buat diri aku..... kalau diberikan pilihan, aku ingin kembali ke detik itu untuk merasai kembali kenangan yang sudah berlalu ini....



 ini gambar aku ketika bersekolah di SMKA al-falah..... ni gambar baru habis SPM...hari last masa itu....semua dok gembira sal rasa dah bebas dari penjajahan persekolahan..hahaha....
lima tahun aku belajar di al- falah dan aku masih ingat kenangan ku disana, cth; skuad jump, star jump, main mercun kene kejor us. wil mercedis, main tang nusup malam minggu, dan macam2 lagi.... tapi ini semua juga dah berlalu.... dan ianya cuma tinggal kenangan...

         peristiwa lepas menjadi sejarah yang x kan padam dari ingatan kita... namun kita sahaja yang kadang2 lupa pada sejarah kerana terlalu memikirkan peristiwa esok yang belum pasti akan berlaku... ape yg pasti ialah "hari esok pasti berlaku, namun belum tentu untuk kita".... oleh itu hargailah setiap detik yang ada kerana detik terseebut pasti akan berlalu pergi dan x kan berulang lagi....

P/S: teringat kat insan2 tersayang yang sudah pergi buat slamanya; AL_FATIHAH.....





kisah budak dan sebatang pokok epal


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain disekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambahbudak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli  permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu danpergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. " Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi  kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu.Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang sukabermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untukbelayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.Mereka berdua menangis kegembiraan.



     Cerita ini sebenarnya mengambarkan bahawa pokok epal tersebut adalah ibu bapa kita dan budak tersebut ialah diri kita sendiri.... itulah sikap masyarakat sekarang yang hanya pergi kepada ibu dan bapa ketika waktu susah sahaja, namun ibu dan ayah tetap membantu kita setakat mana yang termampu tanpa mengharapkan balasan dari kita.... oleh itu hargai setiap detik yang ada bersama orang tua kita kerana peluang yang ada hanya datang sekali dalam hidup.... tiada 2 dan tiada 3....






P/s: malam ni ada masalah sket, laptop kene virus lah


perbezaan 50sen dan RM50


   Pada suatu hari, duit 50 sen telah bertrmu dengan kawan lamanya iaitu wang kertas RM50. Pertemuan ini sungguh tidak disangka kerana mereka telah lama tidak bersua disebabkan terlalu sibuk bermusafir iaitu bertukar tangan.50 sen terus menyapa RM50 yang baru saja pulang ke Malaysia setelah jauh merantau ke luar negara manakala 50 sen khidmatnya cuma didalam negara sahaja

    "assalamualaikum, apa khabar kamu sekarang, lama tak nampak?"

   " waalaikumusalam, Alhamdulilah sihat tp penat je sikit" jawab RM50

    "kenapa pula penat"

    "aku ni biasalah selalu merantau ke serata dunia. Dah macam2 tempat aku pergi. Kadang2 masuk hotel, panggung wayang, pasar raya dan banyak lagi lah. Hah kau pula macam mana sekarang??? "soal wang kertas RM50.

     "aku pon macam kau jugaklah, cuma aku ni terhad kat tempat2 tertentu je. Kadang2 masuk tabung masjid, tandas awam, tabung derma. Lepas itu keluar tandas awam masuk tabung masjid balik. Aku tak la macam kau yang selalu ke luar negara..

      "oww,begitu"kata RM50

Mereka diam buat seketika sambil terus memandang orang yang lalu-lalang serta sibuk dengan urusan keduniaan...

    tiba2 50 sen berkata " eh, engkau bila lagi nk ke masjid??? . Lalu wang kertas RM50 menoleh memandang 50 sen. Pertanyaan tersebut membuat kan lidah nya kelu buat seketika.

       "kenapa engkau tanya aku soalan macam itu? engkau tanya lah tuan kita ni...

Serentak dengan itu kedua2nya pon ketawa sambil tersenyum2....



Pengajaran: apabila ingin menderma di masjid, janganlah hanya menderma jika ada duit syiling sahaja. Jangan samakan nilai derma kita dengan nilai tandas awam yang kita guna. Apalah salahnya jika sekali-sekala kita menggunakan wang kertas untuk menderma...

KOPI PENCEGAH KANSER


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS): Meminum kopi boleh melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya dalam kalangan wanita.


Kajian mengenainya yang dibentangkan di sebuah persidangan perubatan utama AS di bandar raya Boston kelmarin menunjukkan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari dapat mengurangkan risiko mereka menghidap kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 20 peratus.

Kajian sama menyatakan lelaki yang mengambil kopi dalam jumlah yang sama dapat menurunkan risiko mereka mendapat BCC sebanyak sembilan peratus.

"Ekoran hampir sejuta kes baharu BCC dicatat di AS pada setiap tahun, faktor  amalan harian seperti meminum kopi dapat memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini," kata penyelidik kajian tersebut, Fengju Song.

Beberapa kajian sebelum ini juga membuktikan mereka yang kerap minum kopi kurang dijangkiti kanser payu dara, prostat, kolon dan uterus. 
-AFP-

kisah pengemis buta


"JANGAN dekati Muhammad! Dia itu orang gila. Dia itu pembohong. Dia itu tukang sihir. Bila kamu dekatinya kamu akan dipengaruhinya." Begitu kata seorang pengemis Yahudi yang buta tiap hari bila ada orang mendekatinya, di sudut pasar Madinah.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW menemuinya dengan membawa makanan. Tanpa sepatah kata pun, Rasulullah suapkan makanan ke mulut pengemis itu, dengan tidak diketahui siapa penyuapnya, iaitu orang yang dimaki hamunnya setiap hari.
Rasulullah saw melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah beliau wafat, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari Abubakar berkunjung ke rumah anaknya Aisyah, isteri Rasul itu. "Aisyah.. Ada ke lagi kebiasaan Rasulullah yang belum aku buat?"
"Ayah!" Jawab Aisyah, anaknya. "Ayah adalah seorang yang mengikut apa yang Nabi buat (ahli sunnah). Hampir tidak ada lagi kebiasaan yang belum ayah buat, kecuali satu sahaja..."
“Apa dia?" tanya Abubakar, terkejut kerana merasa sudah tahu semua kebiasaan Nabi.
"Setiap pagi Rasulullah pergi ke ujung pasar membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana..." Jelas Aisyah.
Esoknya Abubakar RA pergi ke pasar membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar jumpa pengemis itu lalu berikan makanan kepadanya. Ketika Abubakar mulai suapkan, pengemis itu mengherdik marah,"Siapa kamu ha?"
"Aku orang yang seperti biasa.." Jawab Abu Bakar.
"Tidak. Kau bukan orang biasa yang datang kepadaku." bantah pengemis itu. "Bila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang. Tidak susah mulut ini mengunyah. Dia menyuapku, tetapi lebih dulu dihaluskan makanan, baru diberi.."
Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya, beliau menangis.
"Memang, aku bukan orang yang selalu datang padamu itu. Aku adalah salah seorang dari kawannya." Abu Bakar menjelaskan. "Sebenarnya, orang yang mulia itu telah tiada. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW!"
Pengemis itu pula terkejut. Dia pula menangis, seolah-olah tidak percaya, "Benarkah begitu? Selama ini aku selalu menghinanya.. memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Dia terus menemuiku membawa makanan setiap pagi. Oh, beliau begitu mulia.... "
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar masa itu juga. Dan sejak hari itu, dia menjadi Muslim. (dikutip dari EraMuslim)

JAMBATAN SEMPADAN NEGARA


Dua buah pulau yang saling berdekatan ternyata berada dalam dua wilayah yang berbeza.Pulau yang besar berada dalam wilayah Kanada sedangkan pulau yang kecil berada di wilayah Amerika Syarikat. Yang menariknya dua pulau beza Negara ini dihubungkan oleh jembatan sepanjang 10 meter. Inilah jembatan antarabangsa terkecil atau terpendek di dunia.‘Pasangan’ pulau tersebur terketak dekat Rockport disebut Zavikon Island. 

Dua pulau ini termasuk kumpulan ‘kepulauan seribu’ yang berada di Saint Lawrence River di Teluk Alexandria,sempadan AS-Kanada.Persetujuan sempadan wilayah ini telah diperseujui antara kedua Negara,AS dan Kanada sejak 1793.

Namun kedua Negara memutuskan tidak akan membagi dua pulau tersebut.Sekitar 2/3 pulau berada di wilayah kanada,dan 1/3 nya berada di Amerika.Amerika mahupun Kanada,menganggap kedudukan mereka setaraf dalam hal kepemilikan pulau.

Namun bagi pemandu pelancongan ini merupakan ‘keuntungan’ kerana dari segi pelancongan kedudukan dua pulau ini menjadi sangat unik,menarik dan strategis untuk ‘dijual’.Para pemandu pelancong ingin jembatan antarabangsa terkecil di dunia ini diketahui orang ramai.

Pulau besar yang didakwa sebagai wilayah kanada dibangunkan rumah,sementara pulau kecil yg merupakan bahagian dari Amerika,berfungsi sebagai halaman belakang rumah.

Jambatan Terpendek Yang Menghubungkan 2 Negara,US Dan Kanada

rahsia makanan




1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.


2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.


3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.


4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.


5 . Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
                                                                      

                                                 
6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan  risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Kembalilah kepada sunnah Nabi Muhammad S.A.W..Amalkanlah pemakana n sunnah Nabi Muhammad S.A.W.. Dapat menambahkan darah..dapat mengurangkan kolestrol dalam darah.dapat mengelakkan penyakit2 lain. Dan untuk mengelakkan tubuh badan kita, anak-anak kita dipengaruhi oleh Yahudi ni.



Salah satu makanan berkhasiat untuk umat islam.

Kurma nabi, kurma madu, madu, kismis, buah tiin, buah delima, buah zaitun, habbatus sauda, zaffran, air zam zam. Dan banyak lagi pemkanan sunnah yang lain..yang terang2 mempunyai khasiat dan kelebihan yang tak dpt ditandingi oleh makanan lain di dunia ni. Di samping badan kita sihat.kita dah amalkan sunnah-sunnah Nabi setiap hari...

Alhamdulillah.InsyaAllah diselamatkan dunia akhirat.
                                    

McDonald yang mengandungi kadar MSG dan kolesterol yang tinggi.

Amalkanlah walaupun sebiji kurma.iringi dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
 Jika kita belajar dan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita seharian, InsyaAllah kita akan berjaya di dunia dan di Akhirat.Hadis mengatakan "Bar ang siapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W pada zaman kerosakan umat, Allah akan bagi ganjaran 100 pahala mati syahid"

Alhamdulillah. ..anda adalah salah seorang daripada mereka insyaAllah.. .aamin..


Kurma : Buah kegemaran Rasullullah dan mengandungi 1001 khasiat.

BEBASNYA HAMBA KERANA SEPOTONG MAKANAN


Diceritakan bahawa pada suatu hari *Abdullah bin Jaafar sedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut.

Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.

Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula.

Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.

Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing. “Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” tanya Abdullah bin Jaafar.

“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba.

“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” tanya Abdullah.

“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” jawab si hamba.

Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus...bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.”

Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh    seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya.

Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya. mushahidah

__________________________________________
(*) Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib lahir di Negeri Habsyah ketika umat Islam sedang berpindah ke sana dengan dipimpin oleh ayahnya Jaafar bin Abi Talib.

Dialah keluarga Bani Hasyim yang paling akhir melihat Rasulullah SAW Ketika Nabi SAW membaiatnya, Abdullah bin Jaafar baru berumur tujuh tahun, turut bersama dalam baiat itu Abdullah bin Zubair yang umurnya juga baru tujuh tahun.Abdullah bin Jaafar memang terkenal sangat dermawan.

Dia pernah bersedekah sehingga beribu-ribu dinar dalam satu masa, enam puluh ribu, empat puluh ribu dinar dan lain-lain.

Muawiyah sangat suka kepadanya dan memberinya satu juta dirham setiap tahun. Suatu masa ketika Muawiyah mengerjakan memberinya lima puluh ribu    dinar. Abdullah bin Jaafar wafat pada tahun 83 Hijrah.

Dokumen Asli : Surat Rasulullah SAW kepada tiga raja dan reaksi berbeza mereka


Setelah Perjanjian Hudaibiyyah Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam memiliki  kesempatan untuk berdakwah yang lebih luas. Beliau mengirimkan banyak surat kepada pembesar di berbagai negeri menyeru mereka kepada Islam


Berikut ini adalah kisah tiga orang raja yang berbeza reaksinya ketika menerima surat dari Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam. Perbezaan reaksi ini berakibat pada perbezaan nasib yang mereka alami.


1- Surat Nabi saw untuk Raja Negus (Penguasa Ethiopia)




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoP7z_aBO72jr9b03VVBAlrB7drlRXt26ROlteES-cFtGD9lxm2KndHKtaAdR_EMhsnGrDpYudkYMYkUFoKZdr61WxLcC5DyJmEpFIiGyvoXHx5kUPCxU00GASWyX72dbCX-2PqbMeopU/s1600/surat1.jpg



Isi surat:

Dari Muhammad utusan Allah untuk An-Najasyi, penguasa Abyssinia (Ethiopia).

Salam bagimu, sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah yang tidak ada Tuhan kecuali Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, dan aku bersaksi bahawa Isa putra Maryam adalah ruh dari Allah yang diciptakan dengan kalimat Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam yang terpilih, baik dan terpelihara. Maka ia hamil kemudian diciptakan Isa dengan tiupan ruh dari-Nya sebagaimana diciptakan Adam dari tanah dengan tangan Nya. Sesungguhnya aku mengajakmu ke jalan Allah. Dan aku telah sampaikan dan menasihatimu maka terimalah nasihatku. Dan salam bagi yang mengikuti petunjuk.



Ketika Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam menulis surat kepada An-Najasyi yakni Ashhamah bin Al-Abjar dan menyerunya kepada Islam. Raja An-Najasyi mengambil surat itu, beliau lalu meletakkan ke wajahnya dan turun dari singgasana. Beliaupun masuk Islam melalui Ja’far bin Abi Tholib radiyallahu ‘anhu.



Beliau lalu mengirimkan surat kepada Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam dan menyebutkan tentang keislamannya.



Raja An-Najasyi akhirnya meninggal dunia pada bulan Rajab tahun ke-9 Hijriyyah. Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam memberitakan hal itu pada hari wafatnya lalu melakukan solat ghaib untuknya. Beliau juga menyatakan bahawa Raja An-Najasyi kelak akan masuk surga.



2- Surat Nabi saw untuk Raja Heraclius (Kaisar Romawi)


Isi surat:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad utusan Allah untuk Heraclius Kaisar Romawi yang agung.



Salam bagi siapa yang mengikuti petunjuk. Salain dari pada itu, sesungguhnya aku mengajak kamu untuk memeluk Islam. Masuklah kamu ke agama Islam maka kamu akan selamat dan peluklah agama Islam maka Allah memberikan pahalah bagimu dua kali dan jika kamu berpaling maka kamu akan menanggung dosa orang orang Romawi. “Katakanlah: Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. Al-Imron 64



Ketika Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam mengirim surat kepada Kaisar Heraklius dan menyerukan kepada Islam. Pada waktu itu Kaisar sedang merayakan kemenangannya atas Negeri Persia.


Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam telah mengirim Dihyah bin Khalifah Al-Kalby sebagai utusan kepada Kaisar Heraklius penguasa Kekaisaran Romawi, negara kuasa besar pada masa itu. 


Kaisar pun berkeinginan untuk melakukan penyelidikan bagi memeriksa kebenaran kenabian Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam. Maka beliau memerintahkan untuk mendatangkan seseorang dari Bangsa Arab ke hadapannya.



Abu Sufyan rodhiyaullahu ‘anhu, waktu itu masih kafir, dan rombongannya segera dihadirkan di hadapan Kaisar. Beliau diminta berdiri paling depan sebagai juru bicara kerana memiliki nasab yang paling dekat dengan Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam. 


Rombongan yang lain berdiri di belakangnya sebagai saksi, sehingga beliau tidak berani berbohong. Itulah strategi Kaisar untuk mendapatkan keterangan yang valid.



Maka berlangsunglah dialog yang panjang antara Kaisar dengan Abu Sufyan rodhiyaullahu ‘anhu. Kaisar Heraklius adalah seorang yang cerdas dengan pengetahuan yang luas.



Dengan kecerdasan dan keluasan ilmunya Kaisar boleh mengetahui kebenaran  kenabian Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam. Malah Kaisar menyatakan :

Dia (maksudnya Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam) kelak akan mampu menguasai wilayah yang dipijak oleh kedua kakiku ini.” Sedangkan pada masa itu Kaisar sedang dalam perjalanan menuju Baitul Maqdis.



Kaisar lalu memuliakan Dihyah bin Khalifah Al-Kalby dengan menghadiahkan sejumlah harta dan pakaian. Kaisar memuliakan surat dari Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam namun masih lebih mencintai tahtanya.


Akibatnya adalah di dunia Allah Subhanahu wa Ta’ala memanjangkan kekuasaannya. Namun dia harus mempertanggungjawabkan kekafirannya di akhirat kelak.



3- Surat Nabi saw untuk Raja Khosrau II (Penguasa Persia)


Isi surat:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad utusan Allah untuk Khosrau, penguasa Persia yang agung.

Salam bagi orang yang mengikuti petunjuk, beriman kepada Allah dan RasulNya, dan bagi orang yang bersaksi bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah, Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan bagi yang bersaksi baha Muhammad itu hamba Nya dan utusan Nya. Aku mengajakmu kepada panggilan Allah sesungguhnya aku adalah utusan Allah bagi seluruh manusia supaya aku memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan supaya pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang kafir. Peluklah agama Islam maka kamu akan selamat. Jika kamu menolak maka kamu akan menanggung dosa orang orang Majusi.



Ketika Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam mengirim surat kepada Kisra Abrawaiz raja dari Negeri Persia dan menyerunya kepada Islam. Namun ketika surat itu dibacakan kepada Kisra, iapun mengoyaknya sambil berkata, ”Budak rendahan dari rakyatku menuliskan namanya mendahuluiku.



Ketika berita tersebut sampai kepada Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam, beliaupun mengatakan, ”Semoga Allah merobek-robek kerajaannya.”



Doa tersebut dikabulkan. Persia akhirnya kalah dalam perang menghadapi Romawi dengan kekalahan yang menyakitkan. Kemudian iapun digulingkan oleh anaknya sendiri iaitu Syirawaih. Ia dibunuh dan dirampas kekuasaannya.



Seterusnya kerajaan itu kian terobek-robek dan hancur sampai akhirnya ditaklukkan oleh pasukan Islam pada zaman Khalifah Umar bin Khathab radiyallahu ‘anhu hingga tidak boleh lagi berdiri. Selain itu Kisra masih harus mempertanggung-jawabkan kekafirannya di akhirat kelak.

ketawa didunia menangis diakhirat





Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda 'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala, maka hatinya tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barang siapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barang siapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka. "Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak. " 

UNGGUN BERSIH-by A.Samad Said



UNGGUN BERSIH – A.SAMAD SAID

Semakin lara kita didera bara —
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita — demokrasi luka;
lama duka kita — demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.





piala malaysia 2011



              Piala Malaysia 2011 merupakan perkara yang sedang hangat diperkatakankan sekarang. Penyokong kedua2 buah negeri iaitu Terengganu dan Negeri Sembilan semua sibuk meramalkan pelbagai kemungkinan yang akan terhasil malam sabtu ini.

              Begitu juga aku yang mengharapkan negeri kesayanganku iaitu Terengganu dapat membawa kembali Piala ini ke bumi Terengganu setelah kali terakhir terengganu mengemgam piala ini adalah 10 tahun yang lepas.

             Namun kita dikejutkan dengan tindakan FAM yang telah bertindak sesuka hati tanpa memikirkan kesan kepada penyokong bila tanah air. FAM telah menaikkan harga tiket perlawanan kepada RM50. Hal ini menyebabkan suasana demam bola menjadi semakin kebah.


            Walaupun aku sebenarnya agak terkilan kerana hajatku untuk melihat pertemuan diantara abang dan adik iaitu terengganu melawan T-Team tidak kesampaian namun jika keputusan FAM ini dapat diubah maka ini dapat merubat sedikit hati ini..

            Akhir kalam,aku sebagai penyokong terengganu memohon agar FAM dapat merubah kembali keputusan ini agar harga tiket dapat dikekalkan kepada harga asal. Semoga suasana yang ada ini terus hangat kerana sudah terdapat sesetengah suara yang ingin memboikot perlawanan ini.Majulah sukan untuk negara...PETEH TRANUNG PETEH !!!! PETEH BIAR REBOH !!!!

     
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...