Kami si gagalist kecewa,
kami menulis cacatan derita,
tercoret apa kami rasa,
termuntah nanah merah di dada,
jika disimpan membusung jiwa
gagalis,
gugup bila bertemu mata,
degup gementar bila cuba berkata,
sialan apa datang bersifat celaka,
akhirnya kekal gagalis kecewa,
gagalis,
itu ungkapan si gigolo celaka,
ketawa melihat diri dinista,
sedar jasad lahir bukan untuk dikecewa,
biarkan,
biarkan,
walau seribu yang datang mentertawa,
aku setia pada si dia,
walau kekal dinista gagalist gila.
Ahad, 22 Disember 2013
Selasa, 21 Mei 2013
Bebaskan Adam Adli
Aku tiada kata-kata untuk diungkapkan melainkan BEBASKAN ADAM dengan segera. Maaf kawan, aku tidak mampu membantu ketika kau susah. Aku doakan kau kuat dan selamat. Lagu ni aku tujukan khas buat kau.. iviva le revolution!!!
Isnin, 13 Mei 2013
MIMPI
Saat aku ingin menaip cerita ini,, sukar sekali untuk aku susunkan ayat menjadi sebuat cerita. Pelbagai gelojak dan monolog dalaman bermain di sekitar benar fikiran. Namun apa yang ingin aku sampaikan ialah mengenai mimpi iaitu mimpi aku sendiri.
"mimpi" satu perkara yang pasti dialami setiap insan hidup. Cuma yang membezakannya hanya jalan cerita dan genre mimpi yang dialami. Ada yang bermimpi sedih, ada gembira dan ada juga yang tidak pasti dengan mimpinya. Kadang-kadang ada yang mengatakan bahawa mimpi yang dialaminya itu benar-benar berlaku dalam situasi realiti.
arghh, apa yang aku melalut ini. Menulis umpama pakar mentafsir mimpi sedangkan niat asal hanya ingin berkongsi rasa mimpi yang aku alami semalam. Ya!!! Semalam aku bermimpi lagi, sebuah mimpi yang lain daripada kebiasaan mimpi-mimpi malam ku. Mungkin mimpi ini dipengaruhi keinginanku beberapa ketika sebelum itu.
Sebelum itu, beberapa hari ini, aku seringkal teringat akan satu sosok tubuh yang amat dikenali dan disayangi umat manusia bumi semenanjung emas ini. Sosok itu sudah tua, jalannya pon bertongkat. Seorang ulama juga umara. Hidupnya di sebuah negeri pantai timur sempadan dengan wilayah asingan pattani.
Sebulan yang lepas ada sahabatku yang mengusulkan untuk menyertainya berpuasa di Kelantan tahun ini. aku tidak mengiyakan juga tidak menolak, namun dari sudut hati tetap menyuruhku untuk menerima pelawaan itu. Aku tidak mengerti, namun aku merasakan wilayah asingan itu sangat hampir dengan aku.
Dan semalam aku bermimpi lagi, bermimpi bercakap dengan sosok itu. Namun beliau hanya tersenyum tanpa berkata-kata. Dalam itu juga aku melihat semua mata memandang aku seperti mempertikaikan sesuatu. Aku tidak mengerti dan.....
Jumaat, 29 Mac 2013
Janji???
Salam , minggu ni merupakan minggu terakhir admin sebelum mid-sem. Macam biasalah aktiviti akhir-akhir begini, semua student macam nak giler cuba siapkan semua assigment yang tertunggak sebelum balik cuti. Begitu juga admin, seorang manusia yang x sedar diri, selalu buat kerja last minit. hohoho!!!
Dalam kalut dengan pelbagai kerenah, ada juga rakan-rakan yang dah angkat kaki sambil memonteng kelas minggu terakhir demi nak balik awal. Sebahagian lagi sibuk berkursus di Pulau Pangkor atau lebih kepada lawatan happy-happy. Hanya mampu melihat lambaian pergi dari mereka kerana x dapat pergi pada saat akhir. Puncanya hanya satu iaitu" ASSIGMENT TERTUNGGAK".
Namun bukan cerita tentang aktiviti kampus minggu last sebenarnya admin nak tulis kali ni, tetapi mengenai perkataan yang sangat mudah dilafaz namun susah untuk dilaksana iaitu "JANJI". Pasti semua orang pernah berjanji namun yang berbeza adalah janji ditepati atau janji dicapati. hehehehe
Manusia itu sendiri lahir daripada perjanjian iaitu perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Saat dicipta, kita telah berjanji dengan Yang Maha Esa. Namun dimana letaknya nilai janji yang kita kenali? Itu yang menjadi persoalan buat kita kali ini. Teringat pada kata-kata ustaz yang mengajar di masjid semalam, manusia yang berjanji namun dia khianati janji merupakan petanda seorang munafik.
Admin tidak mahu mengulas panjang, cuma apa yang admin kehendaki adalah pembaca semua menilai madsud dan kedudukan janji yang kita lafaz selama ini. Hargai janji dan jangan sekali khianati. Renungkan apa yang berlaku di sekeliling kita setiap masa.
P/S-Doakan kejayaan buat umat islam syria, palestine, rohingya, kashmir, pattani, mindanao, chehnnya, mesir, malaysia dan seluruh tempat amnya
Dalam kalut dengan pelbagai kerenah, ada juga rakan-rakan yang dah angkat kaki sambil memonteng kelas minggu terakhir demi nak balik awal. Sebahagian lagi sibuk berkursus di Pulau Pangkor atau lebih kepada lawatan happy-happy. Hanya mampu melihat lambaian pergi dari mereka kerana x dapat pergi pada saat akhir. Puncanya hanya satu iaitu
Manusia itu sendiri lahir daripada perjanjian iaitu perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Saat dicipta, kita telah berjanji dengan Yang Maha Esa. Namun dimana letaknya nilai janji yang kita kenali? Itu yang menjadi persoalan buat kita kali ini. Teringat pada kata-kata ustaz yang mengajar di masjid semalam, manusia yang berjanji namun dia khianati janji merupakan petanda seorang munafik.
Admin tidak mahu mengulas panjang, cuma apa yang admin kehendaki adalah pembaca semua menilai madsud dan kedudukan janji yang kita lafaz selama ini. Hargai janji dan jangan sekali khianati. Renungkan apa yang berlaku di sekeliling kita setiap masa.
P/S-Doakan kejayaan buat umat islam syria, palestine, rohingya, kashmir, pattani, mindanao, chehnnya, mesir, malaysia dan seluruh tempat amnya
Sabtu, 23 Mac 2013
Mata panah yang dibawa
Salam, posting ini saya tulis lewat pagi.Mata terus celik walau hati mengantuk. Malam ini kurasa sepi tapi entah kenapa. Emmm,rasanya dah lama saya tidak menulis. 2,3 minggu ini terasa ingin sekali tangan ini mengetip button keyboard,namun hasrat tersebut terpaksa dilupakan. Assigment masih banyak meminta perhatian. Dalam itu, pelbagai perkara telah saya lalui dan lihat. Keletah dan kerenah hidupan bernama manusia saya susuri langkah demi langkah.
Semalam saya ke kelas, ada sesuatu perkara yang menyebabkan saya terfikir sehingga sekarang. Saya terfikir mengenai sikap masyarakat kita sekarang yang bergurau tanpa mengira perasaan dan pegangan seseorang. Dalam kelas saya ada seorang wanita yang memakai jilbab labuh dan saya ada cerita menarik mengenainya.
Entah kenapa saya lihat, kini orang suka melabelkan seseorang. Bila berjilbab digelar ustazah. Ok la, saya kira itu satu doa, namun kadang2 pangilan sebegini membuatkan seseorang jadi malu. Itu saya boleh kira ok lagi, tapi kenapa semua orang memandang pelik kepadanya. Itu belum diceritakan lagi suara-suara yang seakan-akan menghina namun saya berhusnuzon mungkin mereka cuma ingin bergurau.
Selain itu, beberapa hari lepas juga saya sedikit marah. Seorang kawan non-muslim berselawat. Walaupun dia tidak mengetahui madsudnya, namun dia mengatakan minat akan nada selawat itu. Cuma apa yang saya nak ceritakan adalah sikap muslim kita. Ada sahabat yang mempersoalkan selawatnya. Terus menyatakan bahawa non-muslin itu sedang menghina(perkataan diucapkan adalah "menganjing"). Saya akui memang saya marah bila beliau mempersoalkan namun saya bukan 100% memarahinya. Saya akui, mungkin dia tidak menyedari tindakannya membuatkan islam itu terhad pada penganutnya sahaja.
Saya rasa tindakan sebegini yang menjauhkan islam kepada bukan islam. Kita mungkin mengira tidakan kita tidak membawa apa2, namun tanpa kita sedar ianya menambahkan keburukan islam pada kaca mata non-muslim. Mungkin kita perlu berubah, negara kita majmuk. Pemikiran tertutup harus dibuka. Jangan jadi anak panah yang menikan islam dari dalam. jadilah anak panah islam yang menikan hati non muslim agar melihat islam itu kebaikan.
Ok, rasanya cukuplah saya membebel. Doa saya, semua sahabat dapat membawa islam dalam keadaan sebenarnya islam. Jangan bawa islam kearah keburukan. Jadilah mata panah yang positif. Hidup kita hanya sementara, bawa islam dan hayatinya. Moga2 usaha kita dirahmati dan mendapat ganjarannya.
p/s~ saya sedang memahami kandungan "secangkir teh pengubat letih" karya ustaz hasrizal abdul jamil.

Sabtu, 16 Mac 2013
Malaysia dan keunikannya
Negaraku Malaysia. Sebuah negara yang terletak di suatu ceruk muka bumi yang jika dilihat dari sudut sejarahnya memaparkan pelbagai era serta cerita-cerita masyarakat yang berulang-ulang. Negara yang seperti juga negara lain, sarat dengan pelbagai isu yang menyentuh semua topik kehidupan samaada sosial,ekonomi mahupun politik.
Aku seorang rakyat. Aku melihat kesemua lagak dan rentak perjalanan negaraku. Aku cuma salah satu watak dari jutaan watak yang memainkan pelbagai peranan. Kini negaraku berada di ambang terakhir sebelum menjelang pilihanraya. Aku juga tidak terlepas sama untuk mengikuti pelbagai rencam sketsa politik masyarakat dan negara.
"Isu", satu patah kata yang populis di Malaysia. Negaraku sarat dengan pelbagai isu samaada dari sudut positif mahupun negatif. Beberapa minggu lepas, aku serta seluruh warga penghuni bumi Malaysia disentapkan dengan isu konfrotasi di Lahad Datu oleh pihak yang menyatakan bahawa mereka tentera Kesultanan Sulu.
Beberapa hari lepas, rakyat disogokkan pula dengan isu berkaitan video liwat seorang pimpinan pembangkang. Aku tidak mahu mengulas dari sudut adakah ia ciptaan untuk menghancurkan karakter figura politik tersebut. Apa yang aku ingin sampaikan cuma negaraku sememangnya mempunyai banyak isu.
Sebelum ini, pelbagai lagi isu yang disebut. Namun, sebagai seorang manusia biasa, aku cuma terus menjadi pemerhati yang setia. Melihat telatah rakyatnya yang senantiasa bergomolan dengan isu dan sentimen politik. Cuma apa yang aku kesal, mereka akan lupa sesuatu isu apabila bangkit suatu isu baru.
Sekali lagi aku tekankan yang aku cuma pemerhati. Aku tidak mahu menilai dari suatu sudut yang berpihak. Aku cuma ingin mengulas akan sikap rakyatnya sahaja. Sesungguhnya aku bersyukur berada dalam suasana yang ada kerana inilah negara tumpah darahku walau jasad aku kini melayang jauh ke ceruk pinggiran, namun jiwa itu masih kekal utuh dalam kesamaran zaman. Sesungguhnya aku merindui tanah itu bersama hiruk-pikuk masyarakatnya yang unik dari segi politik dan kemasyarakatan.
Aku cuma perindu yang menanti waktu untuk kembali merindu

Jumaat, 4 Januari 2013
HUJAN
hujan......
aku tersedar dari mimpi,
sekali lagi bumi dibasahi gerimis,
sejuk dingin dan lapar mula menjengah,
perkara biasa bila mana kamu seorang manusia,
namun aku cuma mampu merenung dan termenung,
apakah masih ada waktu selepas hujan ini,
atau apa mungkin ini hujan terakhir buat daku.
kenangan,
dalam termenung ku,
ya!! aku masih punya akal,
namun adakah masih ku guna,
atau hanya ada pada sekadar rupa,
mungkin aku yang pelupa.
sedarkah???
tingkah mula menginjak detik lampau,
mengenang akan jasad bernyawa ini,
siapa,apa dan fungsi apa engkau,
lagak umpama sang bebas tiada ugama,
lupa pada pencipta yang maha kuasa,
ditipu daya oleh nafsu,ego dan taghut durjana,
namun mujur masih tersisa imam dalam jiwa.
aku rindu jasad ku dahulu,
jasad kecil dan lemah namun mungkin tiada berdosa,
fikiran masih belum dinoda tipu dunia,
hati masih terbuka untuk semua perkara,
hanya mengerti senyum dan tawa.
Jasad itu kini sudah tiada,
tidak mati namun seperti tidak bernyawa,
nyawa pada kasih agama,
agama yang menjadi benteng kepada dunia,
ampunkan ia,
ampunkan jasad itu,
ampunkan jiwa itu,
mungkin dia terkhilaf,
mungkin dia terlupa,
mungkin dia hanya terduga,
kerana jasad itu hanya insan biasa.
panglimaJambi
4/1/13

Labels:
sajak
Khamis, 3 Januari 2013
Tirani??? siapa kau?
Rindu,
merindui detik lampau yg kini menjadi sejarah
fikiran mula merenung derap-derap untuk saat seterusnya.
berbagai onak yang berputar ringkas memangkah hujung otak,
mencari pintu dalam jawapan dan hanya mampu ku ucap,
Persoalannya ialah siapa aku, dimana aku, dan apa mungkin aku.
Hanya tanda soal mampu ku ungkap namun tiada jawapan pasti yang akan terungkap,
pasrah,
apa harus kulari dari sini,
menipu diri untuk nyatakan gembira hati,
atau aku mungkin terus berdiri,
menanti dan terus menanti jawapan yang tiada pasti,
apa rela jiwa ini terus ternoda,
pada janji tirani rakus kan kuasa,
atau bangkit walau maut yang terduga.
aku insan lemah,
hidup pada sekadar nyata,
namun zahir tiada bernyawa,
punya akal namun terperup dalam kota celaka,
dikongkong si zalim durjana,
menentang dalam bisu,
menangis tanpa sendu.
bangkitlah,
bangkitlah!!!!
usahalah,
usahalah!!!!
buang rasa takut mu,
persetankan kelilingmu,
yakinlah pada yang Satu,
kerana hanya itu tujuan Utamaku.........
Labels:
sajak
Langgan:
Ulasan (Atom)

.jpg)