hujan......
aku tersedar dari mimpi,
sekali lagi bumi dibasahi gerimis,
sejuk dingin dan lapar mula menjengah,
perkara biasa bila mana kamu seorang manusia,
namun aku cuma mampu merenung dan termenung,
apakah masih ada waktu selepas hujan ini,
atau apa mungkin ini hujan terakhir buat daku.
kenangan,
dalam termenung ku,
ya!! aku masih punya akal,
namun adakah masih ku guna,
atau hanya ada pada sekadar rupa,
mungkin aku yang pelupa.
sedarkah???
tingkah mula menginjak detik lampau,
mengenang akan jasad bernyawa ini,
siapa,apa dan fungsi apa engkau,
lagak umpama sang bebas tiada ugama,
lupa pada pencipta yang maha kuasa,
ditipu daya oleh nafsu,ego dan taghut durjana,
namun mujur masih tersisa imam dalam jiwa.
aku rindu jasad ku dahulu,
jasad kecil dan lemah namun mungkin tiada berdosa,
fikiran masih belum dinoda tipu dunia,
hati masih terbuka untuk semua perkara,
hanya mengerti senyum dan tawa.
Jasad itu kini sudah tiada,
tidak mati namun seperti tidak bernyawa,
nyawa pada kasih agama,
agama yang menjadi benteng kepada dunia,
ampunkan ia,
ampunkan jasad itu,
ampunkan jiwa itu,
mungkin dia terkhilaf,
mungkin dia terlupa,
mungkin dia hanya terduga,
kerana jasad itu hanya insan biasa.
panglimaJambi
4/1/13
Jumaat, 4 Januari 2013
Khamis, 3 Januari 2013
Tirani??? siapa kau?
Rindu,
merindui detik lampau yg kini menjadi sejarah
fikiran mula merenung derap-derap untuk saat seterusnya.
berbagai onak yang berputar ringkas memangkah hujung otak,
mencari pintu dalam jawapan dan hanya mampu ku ucap,
Persoalannya ialah siapa aku, dimana aku, dan apa mungkin aku.
Hanya tanda soal mampu ku ungkap namun tiada jawapan pasti yang akan terungkap,
pasrah,
apa harus kulari dari sini,
menipu diri untuk nyatakan gembira hati,
atau aku mungkin terus berdiri,
menanti dan terus menanti jawapan yang tiada pasti,
apa rela jiwa ini terus ternoda,
pada janji tirani rakus kan kuasa,
atau bangkit walau maut yang terduga.
aku insan lemah,
hidup pada sekadar nyata,
namun zahir tiada bernyawa,
punya akal namun terperup dalam kota celaka,
dikongkong si zalim durjana,
menentang dalam bisu,
menangis tanpa sendu.
bangkitlah,
bangkitlah!!!!
usahalah,
usahalah!!!!
buang rasa takut mu,
persetankan kelilingmu,
yakinlah pada yang Satu,
kerana hanya itu tujuan Utamaku.........
Labels:
sajak
Langgan:
Ulasan (Atom)