Nuffang Ads

Pages

Jumaat, 17 Februari 2012

FILEM TENTANG PALESTIN: FILEM WAJIB TONTON




Sinopsis:
Cerita ini mengkisahkan tiga orang agen Turki yang dilatih khas untuk memburu dan membunuh kepala askar Israel yang mendalangi pembunuhan rakyat Turki semasa tragedi Marvi Marmara yang bernama Moshe Ben Layzir dan juga Avi.
Disamping itu pengarah filem ini juga sempat bermain dengan dialog-dialog yang menjawab segala dakwaan tidak berasas puak Zionis Israel tentang The Promise Land.
Pengarah filem ini juga menyelitkan unsur-unsur kerohanian berupa zikir dan salawat yang menjadi nadi dan tunjang kekuatan rakyat PALESTIN dalam menentang kekejaman rejim Zionis.
Meskipun terdapat unsur Rambostan dalam plot / aksi tembak menembak, cerita ini berupaya membuka mata masyarakat dunia bahawa Turki (jika mahu) buleh memijak kepala Zionis tanpa belas kasihan.
Mungkin tunggu masa.

Khamis, 16 Februari 2012

KEPENTINGAN AL-QURAN BAGI SEORANG MUSLIM


  • Surah Al-Fatihah dapat memadamkan kemurkaan ALLAH S.W.T
  • Surah Yassin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari kiamat.
  • Surah Al-Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian ALLAH S.W.T pada hari kiamat.
  • Surah Al-Waqi'ah dapat melindungi kita dari kesusahan atau fakir.
  • SurahAl-Mulk dapat meringankan azab didalam kubur.
  • Surah Al-Kauthar dapat meleraikan segala pergaduhan.
  • Surah Al-kafirun dapat melindungi kita dari menjadi kafir semasa menghadapi kematian.
  • Surah A-lIkhlas dapat melindungi kita dari menjadi golongan munafik.
  • Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  • Surah Al-Nas dapat melindungi kita dari penyakit was-was.Seterusnya menangani syaitan durjana,
Dikatakan juga;-
  • ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan adalah biasa saja.
  • ketika anda mula membukanya, syaitan mula curiga.
  • ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
  • ketika anda memahaminya, syaitan mula kejang.
  • ketika anda mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian, syaitan mula menghadapi stroke.
maka sebagai seorang muslim, kita seharusnya sentiasa dekatkan diri kita dengan Al-Quran. Semoga setiap apa jua pekerjaan yang kita lakukan akan  memperoleh kesenangan didunia dan diakhirat.

Sabtu, 11 Februari 2012

rahsia surah Al-Kautsar


<<>>

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

sumber:facebook

RAHSIA MENGENAI KAABAH


Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
- Sekadar penyampaian dari artikel asal, zaidimokhtar.com

Isu Palestin


Mereka ini adalah golongan yang dilaknat. Allah melaknat golongan ini hingga hari kiamat.
Membunuh ramai umat Islam demi nak rampas tanah Orang Islam. Kemudian mengaku tanah tersebut depa yang punya dan menganggap umat Islam yang mempertahankan hak milik /tanah air mereka sebagai pengganas dan penceroboh...

Ikuti seterusnya :

Bumi Palestin dimuliakan sejarahnya oleh Nabi Ibrahim A.S. Bapa kepada para nabi selepasnya yang diiktiraf oleh semua penganut agama samawi. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan daripada zuriatnya yang dihantar ke Makkah, yang dianugerah Allah kepada Ibrahim A.S. kerana jasa perjuangannya yang besar menentang syirik dan zalim oleh kuasa terbesar dunia dizamanya iaitu kerajaan Babylon yang diperintah oleh Raja Namrud.
Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam, selepas Makkah yang dibuka oleh Ibrahim A.S. dan Madinah tempat Hijrah Rasulullah S.A.W. Palestin dimuliakan kerana ramainya para Rasul dilahirkan di situ dan berpijak di atasnya kaki para anbiya’ dan banyak darah para syuhada daripada kalangan Nabi dan ulama, kerana dibunuh oleh bangsa Yahudi dengan zalimnya, menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga hari Qiamat. Allah juga menjadikan kiblat pertama bagi umat Islam di bumi Palestin. Di sini juga tampat berakhirnya Isra’ dan bermulanya Mikraj Rasulullah S.A.W. ketika dijemput menjadi tetamu Allah. Maka yang layak memakmurkan Palastin ialah mereka yang beriman dan budiman.
Agama Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin dan tidak melarang penganut Yahudi dan Kristian melakukan ibadat mengikut agama mereka dan mengunjungi tempat suci mereka. Sejarah membuktika hanya pemimpin Islam sahaja dapat menunaikan amanah memakmurkan bumi Palestin dengan memberi hak yang adil kepada semua.
Kejayaan tentera Islam di zaman Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. membebaskan Palestin daripada penjajahan Romawi disambut oleh Paderi besarnya dengan meminta Khalifah Umar datang menyaksikannya. Maka Khalifah Umar datang sehingga mengunjungi gereja besarnya, kemudian dimeteraikan perjanjian yang memberi hak yang adil kepada semua, kerana selama ini penjajah Romawi Byzantin yang beragama Kristian mazhab Ortodok, tidak melayani mereka yang tidak semazhab dengannya dan kerajaan Yahudi pula menzalimi mereka yang tidak seagama dengannya. Hal yang sama berlaku dalam era kelemahan kerajaan Islam, sehingga tentera salib menakluk Palestin. Keadaan menjadi baik semula, setelah Sultan Salahuddin Al Ayyubi daripada bangsa Kurdis dapat mengalahkan tentera Salib yang zalim dan membebaskan semula bumi Palastin. Lalu melayani semua pengunjungnya dengan adil.
Di zaman mutakhir, malapetaka menimpa bumi Palestin dengan memuncaknya keganasan, setelah Palestin dirampas dengan ganas oleh penjajah Barat yang menyimpan dendam terhadap Islam dan mengambil kesempatan daripada kelemahan umat Islam Arab yang memperkecilkan Islam dan membesarkan kebangsaan Arab sehingga melebihi Islam dan mengatasinya. Dalam pembahagian tanah air yang dijajah di kalangan penjajah barat, maka Palastin jatuh ke dalam bahagian penjajahan British. Perjanjian Balfore dimeteraikan di antara pemimpin Zionis Yahudi dangan Menteri Luar British, Lord Balfore bagi menyerahkan bumi Palastin kepada golongan Zionis untuk mendirikan negara kebangsaan Yahudi dinamakan Israel. Kalangan penganut mazhab Ortodok Yahudi menentangnya dan memberi amaran bahawa tindakan ini bercanggah dengan ajaran mereka dan boleh menguburkan bangsa Yahudi. Kalangan sekular yang memisahkan agama Yahudi daripada politik melakukan kesalahan besar ini, semata-mata menegakkan semangat kebangsaan dengan alasan sejarah bohong, bagi negara agung Israel yang pernah dipimpin oleh Nabi Sulaiman A.S. sehingga menakluk dunia.
Negara bernama Israel sebenarnya tidak wujud dalam peta dunia sejak Allah mencipta bumi. Negara ini diwujudkan secara haram oleh kuasa besar dunia selepas perang dunia kedua, bagi mengotakan perjanjian Balfore yang melibatkan British yang dibantu oleh zionis Yahudi, sejak perang dunia pertama lagi. Negara ini hukumnya haram mengikut hukum agama dan undang-undang antarabangsa ciptaan manusia. Ini kerana ia merampas daripada penduduk asalnya dan menghalau sebahagian besar daripada mereka. Negara kuasa besar dunia yang menjajah memejam mata bagi menghilangkan sifat perikemanusiaan mereka untuk melakukan jenayah bersejarah ini demi kepentingan mereka. Bahkan sebahagian pemimpin negara itu dibantu oleh wang dan media golongan zionis untuk berkuasa.
Dalam pertarungan politik dan ekonomi antarabangsa yang didalangi oleh kuasa besar dunia pula, menjadikan negara haram Israel rakan strategik untuk menjaga kepentingan mereka dirantau paling banyak membekalkan sumber tenaga kepada dunia, dan juga bertindak menjadi polis bagi pihak Barat terhadap dunia Islam.
Perkara ini ditambah lagi dengan sikap tidak saksama negara besar yang menghalalkan negara haram Israel memiliki senjata pemusnah yang diharamkan kerana tanpa perikemanusiaan. Israel sudah membinanya sejak tahun enam puluhan lagi dan menghalang dengan apa cara sahaja bagi melindungi jenayah kemanusiaan yang dilakukannya. Walaupun melalui badan antar bangsa yang paling besar dan berpengaruh, sehinggalah menggunakan kuasa veto paling zalim.
Bagi umat Islam sudah menjadi perkara wajib membebaskan Palestin sepenuhnya dan membela saudara mereka yang dizalimi, sehingga menjadi fardu ain kepada penduduk tempatan dan yang berjiran dan wajib mengikut kedudukan masing-masing di tempat yang jauh. Haram menerima kewujudan negara haram. Maka PAS yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian wujud dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis. Bagi kami, hanya satu negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak.
Walau pun banyak kalangan negara Arab menerima penyelesaian secara mewujudkan dua negara, ketahuilah bahawa Palestin bukan hak orang Arab sahaja. Palestin adalah hak umat Islam seluruhnya. Kalangan penganut agama Yahudi yang kuat berpegang dengan agama Yahudi menolak wujudnya negara Israel dan menghukumnya dosa besar kerana tindakannya adalah menggali kubur untuk kaum Yahudi sendiri, yang disedari melakukan jenayah dosa besar, membasahi bumi Palastin dengan darah para anbiya dan ulama yang soleh.
Bagi Penganut Islam, bacalah firman Allah dalam beberapa surah. Di antaranya firman Allah:
وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (61 ) البقرة.
61. Lalu ditimpahkanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. hal itu (terjadi) karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. demikian itu (terjadi) karena mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.
Firman Allah:
إنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (21) أُولَئِكَ الَّذِينَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ (22 ) آل عمران .
21. Sesungguhnya orang-orang yang engkar kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka, bahawa mereka akan menerima siksa yang pedih.
22. Mereka itu adalah orang-orang yang lenyap (pahala) amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh penolong.
Bagi penganut Islam yang mendirikan solat lima waktu yang diwajibkan, memanjatkan doa pada tiap-tiap rakaat sembahyangnya supaya dijauhkan bersifat golongan yang dimurkai Allah, maksudnya seperti golongan Zionis Yahudi tersebut.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
SUMBER : SINI



P/S- palestin jatuh sebab dunia arab lebih menyanjung bangsa arab dari islam, kat malaysia sekarang usaha yang sama juga sedang dilakukan iaitu melayu lebih diagungkan dari islam. Semoga kita sedar akan perkara ini. Jangan sampai perkara sama berlaku keatas bumi Malaysia.

Dr Maza



nikmatnya hidup jika kamu muslim sejati.

Selasa, 7 Februari 2012

MANSUH PERARAKAN CALON P/raya





KUALA LUMPUR, 8 Feb: PAS mengambil pendirian dengan tegas menolak cadangan ditiadakan perarakan calon semasa hari penamaan calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan tiada sebarang alasan yang munasabah diberikan untuk memansuhkan perarakan itu khususnya daripada sudut keselamatan.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan media cetak beberapa hari lalu melaporkan bahawa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mencadangkan perarakan calon semasa hari penamaan calon ditiadakan dalam pilihan raya umum nanti.

“Perarakan calon semasa penamaan calon pilihan raya ini sudah dilaksanakan sejak sebelum merdeka lagi dan ianya telah menjadi sebahagian dari proses demokrasi berpilihanraya di dalam negara kita ini,” kata Tuan Guru Abdul Hadi kepada Harakahdaily.

PAS juga, katanya ingin mengingatkan SPR, supaya tidak sibuk merangka peraturan baru yang belum dibuktikan mengganggu proses pilihan raya, sedangkan 8 tuntutan rakyat terhadap proses pilihan raya yang lebih adil dan telus masih belum dilaksanakan sepenuhnya.

Tambahnya, PAS ingin menegaskan bahawa pilihan raya bukan sekadar memangkah calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau Ahli Parlimen semata-mata tetapi melibatkan seluruh proses demokrasi dan menunaikan hak rakyat untuk mendapat maklumat secara adil dan saksama.

“Sepatutnya SPR juga memberikan perhatian untuk menghalang aktiviti merasuah dan mengugut pengundi oleh parti yang memegang tampuk kekuasaan selama lebih 50 tahun ini agar dihentikan dengan segera,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. -HD



P/S- 8 tuntutan bersih pon SPR x laksana lagi, dok kalut nak buat mende lain plak. KATA ORANG TRANUNG " dok leh harap, base SPR berat nanang doh"

USTAZ AZHAR 7 FEB 2012 di taman islam kemaman

GAMBAR2 DI KULIAH USTAZ AZHAR DI TAMAN ISLAM




                                                     ustaz takap gambo sape ow!!!

 
                                                            orang kuat kiter !!!!
                                        zuan @ ustaz azhar smart kali malam 2... hahaha

                                tok mulu kampung hilir pasir gajah sedang khusyuk dengor kuliah
                                       

Ahad, 5 Februari 2012

ARTIS DIHINA


 Petang ni baru ambe ada sedikit masa untuk berehat. Sambil-sambil itu ambe cuba-cubalah pandang-pandang pada tajuk2 utama akhbar hari ni. Muka depan harian metro menceritakan berkenaan artis dihina apabila sahaja bertaubat. Ambe terfikir sejenak, apakah menjadi kesalahan bagi seseorang untuk berubah kearah kebaikan. Berdasarkan apa yang ambe dengar sebelum ni dalam ceramah2 agama, beginilah apa yang akan berlaku diakhir zaman. Kebaikan dihina manakala perkara buruk di sanjung2. Berdasarkan apa yang ambe baca di akbar tersebuat ada menulis "dihina, diusik dan dilabelkan dengan pelbagai gelaran seperti ustazah jadi-jadian selain dipulau rakan, saudara-mara, dan adik-beradik antara cabaran kehidupan empat artis ini selepas mendekatkan diri ke jalan ALLAH".

Bagi diri ambe, kenapa hal ini boleh terjadi. Akhir2 ni ambe lihat banyak daripada golongan selebriti yang berubah 180 darjah.Bagi ambe ini satu perkembangan yang baik bukan sahaja kepada artis tersebut malahan kepada orang ramai terutamanya golongan remaja kerana remaja pada kebiasaaanya menjadikan artis2 ini sebagai pujaan dan idola mereka.


Dalam pada itu ada, ambe teringat kepada artis yang mula terlibat dengan perjuangan politik. Apabila sahaja artis ini dilihat mula cenderung kepada PAS, maka  mereka akan mula dihina dengan teruk sekali. Namun, pada masa yang sama jika seseorang artis itu menyokong kerajaan pemerintah iaitu UMNO, tiada pula hinaan dan cemuhan yang sedemikian. Sebagai contoh seperti artis dibawah.



inilah antara contoh penghinaan yang dialami oleh artis ini, inilah yang dikatakan dunia sudah akhir zaman. Kebaikan dipandang hina manakala perkara buruk akan terus disanjung. Berdasarkan apa yang ambe lihat dalam video ni, silap siapa sampai rakyat jadi sebegini? adakah rakyat di Malaysia ini sudah seteruk ini sehinggakan artis yang hendak berubah pon dihina?


Apa pon ambe harap perubahan yang berlaku dalam dunia artis sebegini akan berterusan kepada artis2 lain. Semoga kita tidak terus hanyut dalam dunia yang sementara sahaja ini.



P/S- ramai jugak artis dah berubah, aku ni bila la pulak??? hahaha

Jumaat, 3 Februari 2012

SEWA SUAMI, ISTERI CURANG

STUTTGART – Hakim mahkamah Jerman perlu memutuskan satu kes sama ada seorang defendan 'benar-benar berniat jujur' apabila menerima upah daripada plaintif bagi melakukan hubungan seks dengan isterinya supaya mengandung tetapi gagal selepas 72 kali cubaan.Plaintif dikenali sebagai Demetrius Soupolos, 29, yang memperisterikan seorang bekas ratu, Taute. 

Pasangan itu amat mengidamkan cahaya mata tetapi malangnya Soupolos dimaklumkan doktor bahawa dia mandul.Meskipun pada awalnya dibantah oleh isterinya, Soupolos berjaya menenangkan Taute mengenai rancangannya mengupah jiran, Frank Maus, 34, 'membantu' mereka mendapat anak.

Bagi Soupolos, rancangannya tentu boleh berjaya, lebih-lebih lagi dia baik dengan jirannya itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.Soupolos memberi upah 2,500 euros (RM) dan Maus diberi tugasan menghamilkan Taute menerusi sesi berasmara tiga kali seminggu bagi tempoh enam bulan.

Laporan media Jerman menyatakan, Maus 'berusaha bersungguh-sungguh' dalam tempoh itu untuk memberi berita gembira kepada Soupolos.Malangnya, usaha Maus itu tidak berhasil dan dia memutuskan untuk berhenti selepas isterinya pula membantah.Dia kemudian memberitahu Soupolos: "Seperti juga kamu, saya kecewa tidak dapat memenuhi impian kamu.

Lagipun, saya lakukannya kerana mendapat upah. Saya harap anda dapat memahami."Soupolos, bagaimanapun, menyuruh Maus menjalani pemeriksaan doktor apabila Taute tidak mengandung selepas enam bulan.Doktor membuat pengumuman mengejutkan, Maus juga mandul. 

Itu memaksa isterinya menjelaskan kepada Soupolos dan Taute bahawa Maus bukan bapa kepada dua anak mereka.Ia menyebabkan Soupolos menyaman Maus atas dakwaan melanggar kontrak dan supaya wangnya dikembalikan.Tetapi, ia ditolak Maus atas alasan dia tidak memberi jaminan Taute akan hamil tetapi hanya berjanji untuk 'berusahabersungguh-sungguh.' – Agensi




P/S-macam ni punya kes pon ada???  teruk2, hahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...