Nuffang Ads

Pages

Jumaat, 29 Mac 2013

Janji???

Salam , minggu ni merupakan minggu terakhir admin sebelum mid-sem. Macam biasalah aktiviti akhir-akhir begini, semua student macam nak giler cuba siapkan semua assigment yang tertunggak sebelum balik cuti. Begitu juga admin, seorang manusia yang x sedar diri, selalu buat kerja last minit. hohoho!!!

Dalam kalut dengan pelbagai kerenah, ada juga rakan-rakan yang dah angkat kaki sambil memonteng kelas minggu terakhir demi nak balik awal. Sebahagian lagi sibuk berkursus di Pulau Pangkor atau lebih kepada lawatan happy-happy. Hanya mampu melihat lambaian pergi dari mereka kerana x dapat  pergi pada saat akhir. Puncanya hanya satu iaitu " ASSIGMENT TERTUNGGAK". 


Namun bukan cerita tentang aktiviti kampus minggu last sebenarnya admin nak tulis kali ni, tetapi mengenai perkataan yang sangat mudah dilafaz namun susah untuk dilaksana iaitu "JANJI". Pasti semua orang pernah berjanji namun yang berbeza adalah janji ditepati atau janji dicapati.  hehehehe

Manusia itu sendiri lahir daripada perjanjian iaitu perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Saat dicipta, kita telah berjanji dengan Yang Maha Esa. Namun dimana letaknya nilai janji yang kita kenali? Itu yang menjadi persoalan buat kita kali ini. Teringat pada kata-kata ustaz yang mengajar di masjid semalam, manusia yang berjanji namun dia khianati janji merupakan petanda seorang munafik.

Admin tidak mahu mengulas panjang, cuma apa yang admin kehendaki adalah pembaca semua menilai madsud dan kedudukan janji yang kita lafaz selama ini. Hargai janji dan jangan sekali khianati. Renungkan apa yang berlaku di sekeliling kita setiap masa.


P/S-Doakan kejayaan buat umat islam syria, palestine, rohingya, kashmir, pattani, mindanao, chehnnya, mesir, malaysia dan seluruh tempat amnya








Sabtu, 23 Mac 2013

Mata panah yang dibawa

Salam, posting ini saya tulis lewat pagi.Mata terus celik walau hati mengantuk. Malam ini kurasa sepi tapi entah kenapa. Emmm,rasanya dah lama saya tidak menulis. 2,3 minggu ini terasa ingin sekali tangan ini mengetip button keyboard,namun hasrat tersebut terpaksa dilupakan. Assigment masih banyak meminta perhatian. Dalam itu, pelbagai perkara telah saya lalui dan lihat. Keletah dan kerenah hidupan bernama manusia saya susuri langkah demi langkah.

Semalam saya ke kelas, ada sesuatu perkara yang menyebabkan saya terfikir sehingga sekarang. Saya terfikir mengenai sikap masyarakat kita sekarang yang bergurau tanpa mengira perasaan dan pegangan seseorang. Dalam kelas saya ada seorang wanita yang memakai jilbab labuh dan saya ada cerita menarik mengenainya.

Entah kenapa saya lihat, kini orang suka melabelkan seseorang. Bila berjilbab digelar ustazah. Ok la, saya kira itu satu doa, namun kadang2 pangilan sebegini membuatkan seseorang jadi malu. Itu saya boleh kira ok lagi, tapi kenapa semua orang memandang pelik kepadanya. Itu belum diceritakan lagi suara-suara yang seakan-akan menghina namun saya berhusnuzon mungkin mereka cuma ingin bergurau.

Selain itu, beberapa hari lepas juga saya sedikit marah. Seorang kawan non-muslim berselawat. Walaupun dia tidak mengetahui madsudnya, namun dia mengatakan minat  akan nada selawat itu. Cuma apa yang saya nak ceritakan adalah sikap muslim kita. Ada sahabat yang mempersoalkan selawatnya. Terus menyatakan bahawa non-muslin itu sedang menghina(perkataan diucapkan adalah "menganjing"). Saya akui memang saya marah bila beliau mempersoalkan namun saya bukan 100% memarahinya. Saya akui, mungkin dia tidak menyedari tindakannya membuatkan islam itu terhad pada penganutnya sahaja.

Saya rasa tindakan sebegini yang menjauhkan islam kepada bukan islam. Kita mungkin mengira tidakan kita tidak membawa apa2, namun tanpa kita sedar ianya menambahkan keburukan islam pada kaca mata non-muslim. Mungkin kita perlu berubah, negara kita majmuk. Pemikiran tertutup harus dibuka. Jangan jadi anak panah yang menikan islam dari dalam. jadilah anak panah islam yang menikan hati non muslim agar melihat islam itu kebaikan.

Ok, rasanya cukuplah saya membebel. Doa saya, semua sahabat dapat membawa islam dalam keadaan sebenarnya islam. Jangan bawa islam kearah keburukan. Jadilah mata panah yang positif. Hidup kita hanya sementara, bawa islam dan hayatinya. Moga2 usaha kita dirahmati dan mendapat ganjarannya.

p/s~ saya sedang memahami kandungan "secangkir teh pengubat letih" karya ustaz hasrizal abdul jamil.

Sabtu, 16 Mac 2013

Malaysia dan keunikannya

Negaraku Malaysia. Sebuah negara yang terletak di suatu ceruk muka bumi yang jika dilihat dari sudut sejarahnya memaparkan pelbagai era serta cerita-cerita masyarakat yang berulang-ulang. Negara yang seperti juga negara lain, sarat dengan pelbagai isu yang menyentuh semua topik kehidupan samaada sosial,ekonomi mahupun politik.

Aku seorang rakyat. Aku melihat kesemua lagak dan rentak perjalanan negaraku. Aku cuma salah satu watak dari jutaan watak yang memainkan pelbagai peranan. Kini negaraku berada di ambang terakhir sebelum menjelang pilihanraya. Aku juga tidak terlepas sama untuk mengikuti pelbagai rencam sketsa politik masyarakat dan negara.

"Isu", satu patah kata yang populis di Malaysia. Negaraku sarat dengan pelbagai isu samaada dari sudut positif mahupun negatif. Beberapa minggu lepas, aku serta seluruh warga penghuni bumi Malaysia disentapkan dengan isu konfrotasi di Lahad Datu oleh pihak yang menyatakan bahawa mereka tentera Kesultanan Sulu.

Beberapa hari lepas, rakyat disogokkan pula dengan isu berkaitan video liwat seorang pimpinan pembangkang. Aku tidak mahu mengulas dari sudut adakah ia ciptaan untuk menghancurkan karakter figura politik tersebut. Apa yang aku ingin sampaikan cuma negaraku sememangnya mempunyai banyak isu.

Sebelum ini, pelbagai lagi isu yang disebut. Namun, sebagai seorang manusia biasa, aku cuma terus menjadi pemerhati yang setia. Melihat telatah rakyatnya yang senantiasa bergomolan dengan isu dan sentimen politik. Cuma apa yang aku kesal, mereka akan lupa sesuatu isu apabila bangkit suatu isu baru.

Sekali lagi aku tekankan yang aku cuma pemerhati. Aku tidak mahu menilai dari suatu sudut yang berpihak. Aku cuma ingin mengulas akan sikap rakyatnya sahaja. Sesungguhnya aku bersyukur berada dalam suasana yang ada kerana inilah negara tumpah darahku walau jasad aku kini melayang jauh ke ceruk pinggiran, namun jiwa itu masih kekal utuh dalam kesamaran zaman. Sesungguhnya aku merindui tanah itu bersama hiruk-pikuk masyarakatnya yang unik dari segi politik dan kemasyarakatan.

Aku cuma perindu yang menanti waktu untuk kembali merindu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...