Nuffang Ads

Pages

Jumaat, 23 Mei 2014

Panda

silap manusia, panda dicela,
Serigala kata dia mahu jaga,
ada manusia dungu percaya,
datang bughah memaki,
memfitnah kerana benci,
lalu semua kisah dilupa

kah! Kah! Kah!
di kondo ada lembu sedang suka
katanya,
manusia itu mudah lupa.
Celaka.

Selasa, 20 Mei 2014

Hidup seperti jalan,
kadang bersimpang,
kadang berselekoh tajam.
berulang-ulang,
tinggi di awan redup,
boleh jadi lemas dalam kambus masalah,
tapi jalan tetap jalan,
jika berhenti harus keluar dari garisan,
maka matilah orang.
mati.


5.45pm
20/5/14

Sabtu, 26 April 2014

HUDUD.

Memandang keluar tingkap rumah, ada pelbagai jenis manusia dari pelbagai kaum sedang berkejaran mencapai matlamat masing-masing. Melihat di laman maya, pelbagai jenis pendapat mengenai hudud sedang dibicarakan rakyat malaysia berbilang bangsa. Semalam saya sempat membeli buku keluaran ABIM yang bertajuk "Hudud di Malaysia, cabaran dan pelaksanaan"


Pertamanya, saya mahu menegaskan bahawa saya bukan anti hudud. Saya seorang muslim dan secara berhemahnya saya tegaskan saya juga bermimpi akan pelaksanaan undang-undang islam ini. Namun apabila melihat konteks Malaysia pasca PRU-13, ada beberapa perkara yang membuatkan saya memandang pelaksanaan hudud dari beberapa aspek berbeza berbanding sebelumnya.

Dua hari yang lalu, kita melihat respon dari pelbagai individu sama ada muslim mahupun non-muslim yang menolak kepada pelaksanaan hudud. Semalam, terdengar teriakan pejuang keyboard yang melaung seruan Jihad! keatas mereka ini. Dengan jari, mereka menghukum manusia yang menolak ini sebagai anti-islam malahan ada yang mengistilahkan kafir harbi. Begitu mudah.

Sebetulnya kita cepat melatah. Saya memandang penolakan hudud ini terutama daripada non-muslim bukan sekadar atas dasar tidak memahami tetapi lebih jauh dari itu. Non-muslim memandang Hudud ini dibawa oleh PAS bukannya daripada PKR dan DAP. Dalam keadaan ekonomi negara yang meruncing, pendapatan rakyat tidak mampu menahan asakan kos sara hidup dan pelbagai lagi masalah ekonomi, kini fikiran mereka diserabutkan dengan polemik baru ini yang sebetulnya cuma polemik lama tapi di ulang tayang.

Pendapat saya merasakan keperluan untuk PAS sedar dan cuba tonjolkan kemampuan atau pelan ekonomi mereka kepada rakyat sebelum membicarakan soal hudud ini. Rakyat susah tidak akan berfikir soal lain melainkan perut mereka. Jika PRK atau DAP yang membawa isu hudud ini, saya merasakan penolakannya tidak ketara kerana mereka telah membuktikan pengurusan ekonomi negeri yang baik di Selangor mahupun Pulau Pinang.

Diluar sana, ada pencuri yang terpaksa mencuri demi membeli setin susu anaknya yang masih bayi. Ada ibu yang terpaksa melacurkan diri demi sesuap nasi untuk anak-anak setelah ditinggalkan suami tanpa nafkah. Adakah dengan hudud, bayi yang lapar susu akan hilang dahaganya manakala ibu yang melacur tidak akan melacur lagi. Saya jangkakan akan ada segelintir muslim yang menjawab persoalan saya ini dengan jawapan, "itu tidak mustahil, kekuasaan Tuhan mampu merubah semua itu". Sesungguhnya, saya memperakui akan kekuasaan Allah mampu melaksanakannya walaupun tidak logik dari sudut akal namun adakah non-muslim akan berpandangan sama?

Teringat saya akan kata-kata seorang ustaz mengenai hudud. Di zaman Khalifah Umar, pernah terjadi peristiwa hudud ditangguhkan sementara kerana semasa tersebut, rakyat menghadapi kemarau dan tahun tersebut digelar tahun kelaparan. Kisah ini mengajar kita akan kebajikan rakyat lebih utama daripada selainnya bagi pemerintah. Bagaimana rakyat terutamanya non-muslim mahu mengangkat kita (baca PAS) sebagai pemerintah jika kita lebih menonjolkan aspek penghukum berbanding watak pejuang kebajikan. Mungkin akan ada suara yang mengatakan kita belum memerintah negara ini. Tetapi mereka lupa yang rakyat akan memandang Kelantan juga Terengganu(1999-2004) sebagai contoh.

Akhir kata, saya bukanlah ustaz mahupun lepasan jurusan ekonomi. Saya cuma seorang budak kampung yang bekerja sambilan sebagai penoreh getah dikala harga komoditi tersebut jatuh dengan sejatuhnya dan getah saya seringkali menjadi mangsa curi penagih dadah. Lalu di atas sana, ada beberapa pemimpin manusia yang masih berbicara soal Hudud hingga lupa pada perut rakyat,GST,TPPA,defisit perbelanjaan negara, hutang negara, kenaikan cukai pintu dan pelbagai lagi cerita kecil rakyat pada pandangan mereka. Doa saya, semoga mereka sedar.

Rabu, 16 April 2014

MH370

Seminggu ini seperti kebiasaanya, Malaysia kekal dengan pelbagai isunya. Jika beberapa minggu yang lalu, bahang kehilangan MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing daripada KLIA mendominasi carta bualan rakyat sama ada dari meja kopi hinggalah ke tahap diskusi ilmiah di dalam media perdana. Pelbagai teori telah di sumbangkan dari bibir rakyat. Ada yang mengulas dengan mengatakan ini sebuah konspirasi, ada yang berhujah berdasarkan teori sains dan ada juga yang melihatnya sebagai sebuah kejadian mistik. Aku tidak mahu menyatakan teori cuma apa yang ingin aku perkatakan ialah corak pemikiran seseorang akan menentukan sudut pandang dalam sesuatu isu. Cukuplah bagiku kita yang tidak mempunyai kepakaran dan kredibiliti ini untuk terus mendoakan kebaikan buat para penumpang dan krew penerbangan tersebut.

Melihat pada keratan akhbar ini, aku melihat sesuatu yang indah. Betapa hebatnya akal manusia. Mampu mencipta pelbagai teknologi. Betapa keinginan manusia membawa kepada percubaan dan akhirnya membuahkan penghasilan. Jika suatu waktu dahulu, siapa mampu menyangka manusia mampu terbang di awan. Tidak pernah terfikir akan manusia di waktu itu mengenai  kemampuan manusia untuk berada di dalam laut tanpa menyentuh airnya yang bergaram. Jika ada yang bercerita soal ini pada waktu tersebut, barangkali masyarakat memandangnya sebagai sebuah khayalan ataupun lebih teruk lagi seseorang itu mungkin dilabel gila atau tidak waras. Tetapi itulah kehebatan ilmu. Ilmu yang dikurniakan oleh Tuhan Pencipta Sekelian Alam. Betapa hebatnya ilmu kepada manusia.



"tidaklah kamu semua diberikan ilmu melainkan sedikit" (Al-Isra:85)

Tetapi setelah melalui tempoh 30 hari iaitu tempoh masa bagi kekuatan bateri kotak hitam mampu berfungsi, operasi pencarian masih dijalan buntu. Pelbagai penemuan oleh satelit sekadar menghadirkan harapan palsu. Walaupun pelbagai teknologi dan kaedah telah digunapakai, namun hasilnya tetap kelam. Bagi aku sendiri, peristiwa ini sudah cukup untuk kita bermuhasabah dengan akal dan hati bahawasanya tahap keilmuan manusia belum mampu untuk melawan kekuasaan-NYA. Betapa kecilnya ilmu yang kita pandang selama ini sebagai sesuatu yang hebat sehingga kadang-kadang kita lupa pada Pencipta kita yang asal. Semoga peristiwa yang berlaku di sekitar kita setiap hari tidak kekal sebagai peristiwa untuk di sejarahkan, namun ambillah untuk kita jadikan sebagai pedoman. Akhirnya kita semua pasti milik Tuhan.




Selasa, 4 Mac 2014

Membuang cuti


Pagi ini aku cuti. Cuti yang datang tanpa dijangka. Aku gembira dengan cuti, namun setiap keindahan pasti berbayar pengorbanan. Sebenarnya aku demam,selsema serta batuk. Itu sahaja pengorbanan kecilku yang upahnya sekeping surat malas.

Tetapi itu bukan apa yang ingin aku usulkan. Masa kosong yang ada pada hari ini aku isi dengan menonton filem cinta seorang negarawan dari seberang iaitu mantan Presiden Indonesia, B.J. Habibie. Oleh itu sukacitanya aku kongsikan  puisi tulisan pak rudy( tonton filem ini untuk memahami).



Ini adalah puisi yang ditulis BJ Habibie sesaat setelah Ainun meninggal dunia. Romantis luar biasa.
Sebenarnya ini bukan tentang kematianmu,
bukan itu.
Karena, aku tahu bahwa semua yang ada pasti menjadi tiada pada akhirnya,
dan kematian adalah sesuatu yang pasti,
dan kali ini adalah giliranmu untuk pergi,
aku sangat tahu itu.
Tapi yang membuatku tersentak sedemikian hebat,
adalah kenyataan bahwa kematian benar-benar dapat memutuskan kebahagiaan dalam diri seseorang,
sekejap saja, lalu rasanya mampu membuatku menjadi nelangsa setengah mati,
hatiku seperti tak di tempatnya,
dan tubuhku serasa kosong melompong,
hilang isi.
Kau tahu sayang,
rasanya seperti angin yang tiba-tiba hilang berganti kemarau gersang.
Pada air mata yang jatuh kali ini,
aku selipkan salam perpisahan panjang,
pada kesetiaan yang telah kau ukir,
pada kenangan pahit manis selama kau ada.
Aku bukan hendak mengeluh,
tapi rasanya terlalu sebentar kau disini.
Mereka mengira aku lah kekasih yang baik bagimu sayang,
tanpa mereka sadari,
bahwa kaulah yang menjadikan aku kekasih yang baik.
Mana mungkin aku setia padahal memang kecenderunganku adalah mendua,
tapi kau ajarkan aku kesetiaan, sehingga aku setia,
kau ajarkan aku arti cinta, sehingga aku mampu mencintaimu seperti ini.
Selamat jalan,
Kau dari-Nya, dan kembali pada-Nya,
kau dulu tiada untukku, dan sekarang kembali tiada.
selamat jalan sayang,
cahaya mataku, penyejuk jiwaku,
selamat jalan,
calon bidadari surgaku.
*lap ingus*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...