Nuffang Ads

Pages

Selasa, 20 November 2012

Hari2 Terakhir ku.......

gerimis longlai menongkah
kini tengkujuh kembali menghuni,
aspal basah kering mula mendingin,
meronta dalam tangis pilu,
mungkin tiada apa yang merasa, 
cuma kadang aku terlena.

masih ku ingat lagi,
tika merah menyilau terang,
semua marah semua salah,
kini bila datangnya yang dingin,
juga disoal kenapa, kenapa, dan kenapa,

dasar makhluk berakal,
x pernah puas apa yang ada,
selalu meminta apa yang tiada,
lelah meminta, menjerit pula,
bodoh bertempat boleh diterima,
terlebih cerdik jangan sekali

Ahad, 18 November 2012

MUKTAMAR 2012



 Maka berakhirnya MUKTAMAR PAS 2012. Ramai cakap2 yang mengatakan muktamar kali ni adalah yang terbaik dalam sejarah. Aku dengar kata-kata ni bukan sahaja dari penyokong PAS tapi ramai jugok cai-cai AMENOOO yang hangat dok bercakap soal ni. Nampok gayanya dah ramai mula berminat terhadap PAS. Mungkin sebab perhimpuanan agong AMENOOO membosankan sangat kot...hahaha


     ok lah, kita balik kepada tajuk asal. Walaupun aku x berkesempatan untuk mengikuti muktamar kali ni secara live from PUTIK, namun aku tetap mengambil tahu melalui kabel2 ku disana. Perbahasan perwakilan tahun ini sangat hangat terutamanya melibatkan DPPM. Bagi aku, ini satu peningkatan yang baik. Ini juga satu bukti yang membunuh terus kenyataan dari pihak lawan yang selama ni mengatakan bahawa pimpinan PAS sangat maksum sehingga x boleh ditegur. Dari pemerhatian ku selama ni, PAS sebenarnya sangat terbuka menerima kritikan namun kurang mendapat liputan. itu je puncanya.

    
 Tapi ini bukan apa yang aku nk katakan sangat. Yang aku nk katakan adalah terhadap penyokong bawahan yang ramai ni. Sebenarnya aku tertarik dengan kenyataan ini acu tekan gok . bagi aku,cukup2 lah buat perangai lama. Kalau betul nk menang kene ubah la sikap. Setiap kali PRU aku tengok yg berani datang kerumah orang ramai untuk merayu undi hanyalah dari kalangan muslimat.
  
   aku x nafikan bahawa golongan lelaki juga banyok buat kerja macam pacok bendera, naikkan banner, jadi ketua dan lain2 namun ni bukan alasan untuk kita lari dari berkempen secara berhadapan. Penyokong bawahan x boleh doh sekadar duduk di markas, sembang pasal kemenangan, kita nk buat mende dengan UMNO lepas ni, sape nk pegang jawatan. Woi!!!, mu x dop keje ke nk buat sapa sembang mende2 bodo gini tapi kerja sepatutnya x terbuat. Lebih best golongan yang hanya bercakap pandai tapi x buat kerja. yang dibuat hanya melepak di kedai kopi dan mengarah orang buat kerja. Ni  jenis manusia CELAKA... sekali lagi aku ulang CELAKA!!!... bila time menang biasanya golongan jenis ni la yang paling menonjol kehadapan. Tapi bila time kaloh, 4 tahun x nampok muka. Senyap terus, habis hilang segala perjuangan selama ni. Nampok semula pon bila time nk PRU seterusnya.

Aku pon x nok berleter panjang2. cuma apa yang aku nk kata, kebanyakan golongan yang mengamalkan ciri2 diatas adalah jenis orang tua yang rasa dia sentiasa betul. Ubah la pemikiran. Mu nk tarik golongan muda untuk menyokong perjuangan mu tapi cara mu sendiri sudah membuatkan golongan muda semakin membenci. PAS x pernoh mengajor penyokongnya semua ini. Muhasaboh balik perjuangan selama ni..

k la, aku x boh cakap banyok.. cukuplah sikit2 je.. yang penting sape yang rase, cuba lah berubah. Jangan sapa sebab mu, habis rosak semua orang..


apa2 pon jom kita realisasikan ABU dan ABC(asal bukan che mat)






Gaza terluka lagi, kita dimana saat ini????

Dalam kemeriahan umat islam di seluruh dunia menyambut Maal hijrah, namun di perosok penjara terbuka dan terbesar di dunia iaitu bumi Palestin atau secara lebih khusus Semenanjung Gaza bawah pemerintahan kerajaan rasmi HAMAS kini sedang berduka menghadapi serangan daripada israel laknatulah.

apa yang aku ingin bicarakan bukannya soal serangan israel tetapi tentang pendirian umat islam di serata dunia khususnya di bumi malaysia ini. Sekadar saat ini, apa yang aku lihat hanya Mesir dan Turki yang proaktif dalam mempertahankan kedaulatan Palestin.

Aku tidak mahu melihat jauh, sekadar ingin meluah apa yang terbuku. Dimana pendirian Malaysia saat ini???
apa malaysia ku ini gentar untuk berlawan arus dengan amerika/israel??? tiada satu patah pon pendirian yang keluar dari pimpinan negara ini yang mencemuh kezaliman ini. Bagi aku tiada sebangsat-bangsat manusia melainkan yang satu umat yang sedang senang lenang bersuka ria dalam saat saudara seugamanya diseksa, disembelih, rumah dibom, anak kecil cedera dan negara mereka dijajah.

aku bercakap bukan secara membabi buta. Lihat sahaja media2 utama malaysia seperti TV3, TV1, akhbar utusan, berita harian semuanya diam membisu soal Palestin ini. Tiada langsung liputan mengenai serangan ini. Apa hebat benar israel itu sehingga diam membisu media2 ini yang pada satu ketika lantang berkokok soal politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Lebih hina lagi, ada antara akhbar2 ini yang dimuka hadapan tajuk berita sudah seumpama majalah lucah. Apa berita lucah ini lebih wajib untuk dipaparkan berbanding berita umat islam diseksa????


CELAKA!!! CELAKA!!! DAN CELAKA!!!

aku rasa cukuplah aku berbicara... biar gambar pula yang mengambil posisi.





Bantulah saudara kita disana walau apa cara sekalipon.. bagi aku isu palestin bukan sekadar isu agama, tetapi ini juga merupakan isu kemanusiaan. Oleh itu semua bangsa harus bangun dan melawan israel kerana telah melanggar prinsip2 kemanusiaan.





Sumbangan boleh dibuat ke dalam salah satu akaun di bawah:
1. Aqsa Syarif Berhad
5515 7500 4299 (Maybank Islamic)
12 092 01 003490 4 (Bank Islam)

kemudian sila maklumkan beserta slip deposit kepada:

admin@aqsasyarif.org.my
Tel: +603-8733 4636
Faks: +603-8734 9636

www.aqsasyarif.org.my



Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz2CZkw2qKw

Isnin, 12 November 2012

PENYERI DIKALA HENING


Dia penyeri dikala hening,
Pecinta dikala sepi,
Penerang dikala sunyi....

Langkah ini longlai lagi,
Rebah untuk beribu kali
Namun masih utuh mendaki
Walau bisa yang menanti,

Kadang ku rasa bangsat,
Kadang kurasa hebat,
Apakah ada pada hati ini..
adakah satu khayalan mimpi
penantian jawapan yang tiada pasti,

Tiada maksud lagi bicara,
Tiada bunyi lagi ku dengari,
Bila bumi sudah bergetar,
Apa mungkin kau ada di sini?



                                                                                                                       penjiwa osman tikus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...