Nuffang Ads

Pages

Ahad, 5 Februari 2012

ARTIS DIHINA


 Petang ni baru ambe ada sedikit masa untuk berehat. Sambil-sambil itu ambe cuba-cubalah pandang-pandang pada tajuk2 utama akhbar hari ni. Muka depan harian metro menceritakan berkenaan artis dihina apabila sahaja bertaubat. Ambe terfikir sejenak, apakah menjadi kesalahan bagi seseorang untuk berubah kearah kebaikan. Berdasarkan apa yang ambe dengar sebelum ni dalam ceramah2 agama, beginilah apa yang akan berlaku diakhir zaman. Kebaikan dihina manakala perkara buruk di sanjung2. Berdasarkan apa yang ambe baca di akbar tersebuat ada menulis "dihina, diusik dan dilabelkan dengan pelbagai gelaran seperti ustazah jadi-jadian selain dipulau rakan, saudara-mara, dan adik-beradik antara cabaran kehidupan empat artis ini selepas mendekatkan diri ke jalan ALLAH".

Bagi diri ambe, kenapa hal ini boleh terjadi. Akhir2 ni ambe lihat banyak daripada golongan selebriti yang berubah 180 darjah.Bagi ambe ini satu perkembangan yang baik bukan sahaja kepada artis tersebut malahan kepada orang ramai terutamanya golongan remaja kerana remaja pada kebiasaaanya menjadikan artis2 ini sebagai pujaan dan idola mereka.


Dalam pada itu ada, ambe teringat kepada artis yang mula terlibat dengan perjuangan politik. Apabila sahaja artis ini dilihat mula cenderung kepada PAS, maka  mereka akan mula dihina dengan teruk sekali. Namun, pada masa yang sama jika seseorang artis itu menyokong kerajaan pemerintah iaitu UMNO, tiada pula hinaan dan cemuhan yang sedemikian. Sebagai contoh seperti artis dibawah.



inilah antara contoh penghinaan yang dialami oleh artis ini, inilah yang dikatakan dunia sudah akhir zaman. Kebaikan dipandang hina manakala perkara buruk akan terus disanjung. Berdasarkan apa yang ambe lihat dalam video ni, silap siapa sampai rakyat jadi sebegini? adakah rakyat di Malaysia ini sudah seteruk ini sehinggakan artis yang hendak berubah pon dihina?


Apa pon ambe harap perubahan yang berlaku dalam dunia artis sebegini akan berterusan kepada artis2 lain. Semoga kita tidak terus hanyut dalam dunia yang sementara sahaja ini.



P/S- ramai jugak artis dah berubah, aku ni bila la pulak??? hahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...