Melihat pada keratan akhbar ini, aku melihat sesuatu yang indah. Betapa hebatnya akal manusia. Mampu mencipta pelbagai teknologi. Betapa keinginan manusia membawa kepada percubaan dan akhirnya membuahkan penghasilan. Jika suatu waktu dahulu, siapa mampu menyangka manusia mampu terbang di awan. Tidak pernah terfikir akan manusia di waktu itu mengenai kemampuan manusia untuk berada di dalam laut tanpa menyentuh airnya yang bergaram. Jika ada yang bercerita soal ini pada waktu tersebut, barangkali masyarakat memandangnya sebagai sebuah khayalan ataupun lebih teruk lagi seseorang itu mungkin dilabel gila atau tidak waras. Tetapi itulah kehebatan ilmu. Ilmu yang dikurniakan oleh Tuhan Pencipta Sekelian Alam. Betapa hebatnya ilmu kepada manusia.
"tidaklah kamu semua diberikan ilmu melainkan sedikit" (Al-Isra:85)
Tetapi setelah melalui tempoh 30 hari iaitu tempoh masa bagi kekuatan bateri kotak hitam mampu berfungsi, operasi pencarian masih dijalan buntu. Pelbagai penemuan oleh satelit sekadar menghadirkan harapan palsu. Walaupun pelbagai teknologi dan kaedah telah digunapakai, namun hasilnya tetap kelam. Bagi aku sendiri, peristiwa ini sudah cukup untuk kita bermuhasabah dengan akal dan hati bahawasanya tahap keilmuan manusia belum mampu untuk melawan kekuasaan-NYA. Betapa kecilnya ilmu yang kita pandang selama ini sebagai sesuatu yang hebat sehingga kadang-kadang kita lupa pada Pencipta kita yang asal. Semoga peristiwa yang berlaku di sekitar kita setiap hari tidak kekal sebagai peristiwa untuk di sejarahkan, namun ambillah untuk kita jadikan sebagai pedoman. Akhirnya kita semua pasti milik Tuhan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan