Nuffang Ads

Pages

Ahad, 18 November 2012

Gaza terluka lagi, kita dimana saat ini????

Dalam kemeriahan umat islam di seluruh dunia menyambut Maal hijrah, namun di perosok penjara terbuka dan terbesar di dunia iaitu bumi Palestin atau secara lebih khusus Semenanjung Gaza bawah pemerintahan kerajaan rasmi HAMAS kini sedang berduka menghadapi serangan daripada israel laknatulah.

apa yang aku ingin bicarakan bukannya soal serangan israel tetapi tentang pendirian umat islam di serata dunia khususnya di bumi malaysia ini. Sekadar saat ini, apa yang aku lihat hanya Mesir dan Turki yang proaktif dalam mempertahankan kedaulatan Palestin.

Aku tidak mahu melihat jauh, sekadar ingin meluah apa yang terbuku. Dimana pendirian Malaysia saat ini???
apa malaysia ku ini gentar untuk berlawan arus dengan amerika/israel??? tiada satu patah pon pendirian yang keluar dari pimpinan negara ini yang mencemuh kezaliman ini. Bagi aku tiada sebangsat-bangsat manusia melainkan yang satu umat yang sedang senang lenang bersuka ria dalam saat saudara seugamanya diseksa, disembelih, rumah dibom, anak kecil cedera dan negara mereka dijajah.

aku bercakap bukan secara membabi buta. Lihat sahaja media2 utama malaysia seperti TV3, TV1, akhbar utusan, berita harian semuanya diam membisu soal Palestin ini. Tiada langsung liputan mengenai serangan ini. Apa hebat benar israel itu sehingga diam membisu media2 ini yang pada satu ketika lantang berkokok soal politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Lebih hina lagi, ada antara akhbar2 ini yang dimuka hadapan tajuk berita sudah seumpama majalah lucah. Apa berita lucah ini lebih wajib untuk dipaparkan berbanding berita umat islam diseksa????


CELAKA!!! CELAKA!!! DAN CELAKA!!!

aku rasa cukuplah aku berbicara... biar gambar pula yang mengambil posisi.





Bantulah saudara kita disana walau apa cara sekalipon.. bagi aku isu palestin bukan sekadar isu agama, tetapi ini juga merupakan isu kemanusiaan. Oleh itu semua bangsa harus bangun dan melawan israel kerana telah melanggar prinsip2 kemanusiaan.





Sumbangan boleh dibuat ke dalam salah satu akaun di bawah:
1. Aqsa Syarif Berhad
5515 7500 4299 (Maybank Islamic)
12 092 01 003490 4 (Bank Islam)

kemudian sila maklumkan beserta slip deposit kepada:

admin@aqsasyarif.org.my
Tel: +603-8733 4636
Faks: +603-8734 9636

www.aqsasyarif.org.my



Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz2CZkw2qKw

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...