Nuffang Ads

Pages

Rabu, 5 Disember 2012

HIDAYAH ALLAH ITU LUAS

                                                                       

hemmm, hari ini telah berlaku satu perkara yang menarik dalam hidup aku. Tidak pernah aku terfikir akan perkara sebegini akan dirasai sendiri oleh aku melainkan aku pernah dipertontonkan dengan gambarannya dalam filem-filem dan novel-novel berkonsepkan Islamik. Mungkin pembaca tertanya-tanya, apa peristiwa yang berlaku keatas ku. Aku pon x pasti dimana harus aku mulakan namun apa yang aku boleh nyatakan adalah cerita ini melibatkan perkaitan hidayah ALLAH.

Hari ini perasaanku terarah untuk mencari buku baru sebagai bekal sepanjang perjalanan aku mengikuti lawatan ke Cameron Higland pada minggu depan. Dalam aku sibuk melihat tajuk2 buku, aku dikejutkan dengan teguran dari seorang perempuan yang ku kira kami mungkin bersahabat tapi aku  pernah bercakap pon dengannya. Untuk pengetahuan aku dan dia belajar di dalam kelas yang sama namun x pernah berkesempatan untuk bertegur sapa.

Yang mengejutkan adalah dia meminta aku menemaninya mencari Al-Quran untuk dibeli. Mungkin ada yang mempersolkan, apa nk dihairankan dengan orang nk membeli Al-Quran. Ya, memang benar, membeli Al-Quran bukan satu persoalan yang menghairankan, namun siapa yang membeli itu menjadi persoalannya.
                                                           

Kenapa aku katakan begini. Ini kerana perempuan yang ingin membeli itu merupakan seorang wanita yang x bertudung. Aku pernah mengangapnya buka islam sebelum diberitahu rakanku bahawa dia memang islam. In kerana tingkah laku dan cara pemakaiannya tiada tanda-tanda dia merupakan islam.

Namun siapa sangka, dia boleh tergerak hati sedemikian. Benarlah, Hidayah itu milik ALLAH. Ramai manusia yang sedar dengan kejahatan, namun berapa ramai yang mampu lari dari kejahatan tersebut??
Aku merasakan betapa hinanya aku jika dibandingkan dengan dia. Aku mengetahui namun x menyedari, berbanding dirinya yang x mengetahui namun mempunyai kesedaran diri.

Aku doakannya menemui hidayah dengan sempurna. Aku rangkulkan bahawa kisah ini mempunyai matlmatnya iaitu ALLAH cuba menyedarkan aku dari terus terbuai dari "derita" keseronokan dunia.
Aku lalai dalam sedar selama ini. Sesungguhnya aku lebih hina dari wanita itu.


Aslim Taslam : Kamu terima Islam kamu selamat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...