Nuffang Ads

Pages

Khamis, 6 Disember 2012

Kesyukuran itu suatu nikmat

 B.E.R.S.Y.U.K.U.R !!! emm,satu perkataan hasil gabungan beberapa huruf yang membawa makna tersendiri dan amat luas untuk dihuraikan. Jika ditanya pada setiap orang, apa makna bersyukur?. Yang pasti pelbagai jawapan beserta contoh akan diberikan. Ada yang kata nikmat itu ketika makan, ada yang berkata saat tidur dan pelbagai lagi jawapannya. Apa yang pasti setiap orang ada pandangan masing2 dan kita seharusnya menghormati walau x bersetuju.

Bagi aku, perkataan ini memberi pelbagai makna. Namun kali ini aku ingin menghuraikannya dari segi kehidupan sesuatu kejadian. Jika ditanya siapa kita?, ya aku adalah manusia. Oleh itu aku mampu menulis perkara ini berdasarkan akal yang dikurniakan. Bersyukurlah...

Hari ini aku terfikir, kenapa aku dijadikan sebagai manusia? Kenapa aku tidak dijadikan sebagai benda lain???

yang pertama jika aku ini batu. Pada pandangan biasa, BATU itu cuma satu benda yang biasa. Mungkin ada nilai bagi sesetengah orang namun kebanyakan manusia mengangap sebagai biasa. Sesungguhnya aku merasa batu itu lebih mulia kerana batu amat bermakna dalam hidup manusia. Batu diguna untuk membuat jalan, bangunan dan jalan raya. Namun aku????

Selain itu jika aku dicipta sebagai Malaikat. Apa yang aku ada dan aku rasa. Benar, malaikat itu mulia dari diriku ini. Namun jika aku dicipta sebagai malaikat, yang pasti aku tidak akan wujud penulisan ini. Bukankah malaikat itu sentiasa menjalankan perintah ALLAH. Mereka tidak seperti manusia, yang bebas melakukan apa sahaja. Namun kebebasan manusia itu masih terkawal melalui dosa dan pahala. Namun aku???

Jika aku manusia. Ya, memang pasti aku ini manusia. Namun manusia bagaimana??? Manusia itu luas, ada pelbagai rupa, agama dan bangsa. Manusia diberikan akal, nikmat untuk berkahwin, berkasih sayang dan pelbagai nikmat yang tiada pada penciptaan yang lain. Betapa banyaknya nikmat diberi kepada manusia

Aku dilahirkan sebagai manusia biasa. Aku sama seperti
manusia lain yang mempunyai sepasang mata, tangan, kaki ,telinga dan sebagainya. Namun yang menjadikan aku luar biasa adalah agamaku. Betapa indahnya nikmat yang diberikan oleh ALLAH kepadaku iaitu nikmat islam.

Ya memang benar, ramai yang islam. Tapi berapa ramai yang bersyukur dengan nikmat itu??? Ramai yang memperoleh nikmat islam ini sejak lahir namun hanya sedikit yang bersyukur melainkan ramai yang terlalai termasuk aku. Ada yang memperoleh nikmat ini dipenghujung usia.  Ramai juga yang memperoleh nikmat ini namun kehilangannya pada saat akhir hidup, betapa kasihannya mereka.

Mungkin ada yang tertanya kenapa aku memperkatakan soal ini. Jawabku hanyalah "entah". Mungkin kerana aku manusia. Tapi yang pasti bersyukurlah dengan nikmat yang ada kerana kita tidak pasti adakah ianya kekal atau sekadar untuk sementara. Semoga nikmat ini berkekalan tanpa penghujungnya.. BERSYUKURLAH !!!





                                                                             

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...