Dalam kalut dengan pelbagai kerenah, ada juga rakan-rakan yang dah angkat kaki sambil memonteng kelas minggu terakhir demi nak balik awal. Sebahagian lagi sibuk berkursus di Pulau Pangkor atau lebih kepada lawatan happy-happy. Hanya mampu melihat lambaian pergi dari mereka kerana x dapat pergi pada saat akhir. Puncanya hanya satu iaitu
Manusia itu sendiri lahir daripada perjanjian iaitu perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Saat dicipta, kita telah berjanji dengan Yang Maha Esa. Namun dimana letaknya nilai janji yang kita kenali? Itu yang menjadi persoalan buat kita kali ini. Teringat pada kata-kata ustaz yang mengajar di masjid semalam, manusia yang berjanji namun dia khianati janji merupakan petanda seorang munafik.
Admin tidak mahu mengulas panjang, cuma apa yang admin kehendaki adalah pembaca semua menilai madsud dan kedudukan janji yang kita lafaz selama ini. Hargai janji dan jangan sekali khianati. Renungkan apa yang berlaku di sekeliling kita setiap masa.
P/S-Doakan kejayaan buat umat islam syria, palestine, rohingya, kashmir, pattani, mindanao, chehnnya, mesir, malaysia dan seluruh tempat amnya


Tiada ulasan:
Catat Ulasan