Nuffang Ads

Pages

Sabtu, 16 Mac 2013

Malaysia dan keunikannya

Negaraku Malaysia. Sebuah negara yang terletak di suatu ceruk muka bumi yang jika dilihat dari sudut sejarahnya memaparkan pelbagai era serta cerita-cerita masyarakat yang berulang-ulang. Negara yang seperti juga negara lain, sarat dengan pelbagai isu yang menyentuh semua topik kehidupan samaada sosial,ekonomi mahupun politik.

Aku seorang rakyat. Aku melihat kesemua lagak dan rentak perjalanan negaraku. Aku cuma salah satu watak dari jutaan watak yang memainkan pelbagai peranan. Kini negaraku berada di ambang terakhir sebelum menjelang pilihanraya. Aku juga tidak terlepas sama untuk mengikuti pelbagai rencam sketsa politik masyarakat dan negara.

"Isu", satu patah kata yang populis di Malaysia. Negaraku sarat dengan pelbagai isu samaada dari sudut positif mahupun negatif. Beberapa minggu lepas, aku serta seluruh warga penghuni bumi Malaysia disentapkan dengan isu konfrotasi di Lahad Datu oleh pihak yang menyatakan bahawa mereka tentera Kesultanan Sulu.

Beberapa hari lepas, rakyat disogokkan pula dengan isu berkaitan video liwat seorang pimpinan pembangkang. Aku tidak mahu mengulas dari sudut adakah ia ciptaan untuk menghancurkan karakter figura politik tersebut. Apa yang aku ingin sampaikan cuma negaraku sememangnya mempunyai banyak isu.

Sebelum ini, pelbagai lagi isu yang disebut. Namun, sebagai seorang manusia biasa, aku cuma terus menjadi pemerhati yang setia. Melihat telatah rakyatnya yang senantiasa bergomolan dengan isu dan sentimen politik. Cuma apa yang aku kesal, mereka akan lupa sesuatu isu apabila bangkit suatu isu baru.

Sekali lagi aku tekankan yang aku cuma pemerhati. Aku tidak mahu menilai dari suatu sudut yang berpihak. Aku cuma ingin mengulas akan sikap rakyatnya sahaja. Sesungguhnya aku bersyukur berada dalam suasana yang ada kerana inilah negara tumpah darahku walau jasad aku kini melayang jauh ke ceruk pinggiran, namun jiwa itu masih kekal utuh dalam kesamaran zaman. Sesungguhnya aku merindui tanah itu bersama hiruk-pikuk masyarakatnya yang unik dari segi politik dan kemasyarakatan.

Aku cuma perindu yang menanti waktu untuk kembali merindu



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...