Pada suatu hari, duit 50 sen telah bertrmu dengan kawan lamanya iaitu wang kertas RM50. Pertemuan ini sungguh tidak disangka kerana mereka telah lama tidak bersua disebabkan terlalu sibuk bermusafir iaitu bertukar tangan.50 sen terus menyapa RM50 yang baru saja pulang ke Malaysia setelah jauh merantau ke luar negara manakala 50 sen khidmatnya cuma didalam negara sahaja"assalamualaikum, apa khabar kamu sekarang, lama tak nampak?"
" waalaikumusalam, Alhamdulilah sihat tp penat je sikit" jawab RM50
"kenapa pula penat"
"aku ni biasalah selalu merantau ke serata dunia. Dah macam2 tempat aku pergi. Kadang2 masuk hotel, panggung wayang, pasar raya dan banyak lagi lah. Hah kau pula macam mana sekarang??? "soal wang kertas RM50.
"aku pon macam kau jugaklah, cuma aku ni terhad kat tempat2 tertentu je. Kadang2 masuk tabung masjid, tandas awam, tabung derma. Lepas itu keluar tandas awam masuk tabung masjid balik. Aku tak la macam kau yang selalu ke luar negara..
"oww,begitu"kata RM50
Mereka diam buat seketika sambil terus memandang orang yang lalu-lalang serta sibuk dengan urusan keduniaan...
tiba2 50 sen berkata " eh, engkau bila lagi nk ke masjid??? . Lalu wang kertas RM50 menoleh memandang 50 sen. Pertanyaan tersebut membuat kan lidah nya kelu buat seketika.
"kenapa engkau tanya aku soalan macam itu? engkau tanya lah tuan kita ni...
Serentak dengan itu kedua2nya pon ketawa sambil tersenyum2....
Pengajaran: apabila ingin menderma di masjid, janganlah hanya menderma jika ada duit syiling sahaja. Jangan samakan nilai derma kita dengan nilai tandas awam yang kita guna. Apalah salahnya jika sekali-sekala kita menggunakan wang kertas untuk menderma...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan