Baru je sebentar tadi penyimpan mohor besar raja-raja mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya haji bagi tahun ini telah jatuh pada 6/10/2011 masihi (ahad) bersamaan 8/Zulkaedah/1432 hijrah. Setiap kali ingin mengumumkan tarikh hari raya sama ada raya haji atau raya aidilfitri, maka muncullah uncle ni yang akan membuat pengumuman.
Namun kini, uncle diatas ni dah pon bersara. Tempat nya telah diganti dengan penyimpan mohor besar raja-raja melayu yang baru. Apabila saja melihat pengumuman raya sebentar tadi, aku teringgat kembali waktu aku kecil2 dahulu. Setiap kali uncle kat atas ni muncul kat TV, semua orang yang tengah sibuk dengan kerja masing2 akan berhenti dan memberikan sepenuh tumpuan kepada ucapan uncle nk umum tarikh raya. Habis je pengumuman, aku terus meloncat kegembiraan kerana dalam kepala aku hanya ada RAYA sahaja. Tapi itu semua kenangan lama dan sekarang ni tempatnya telah diganti oleh uncle ni iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad.
Apa2 pon kita layan ni dulu, serba sedikit tentang penyimpang mohor yang lama sebagai kenangan bersama :
Sedikit Biodata Y.M. Engku Tan Sri Datuk Sri Ibrahim Engku Ngah :
- Telah berumur 79 tahun.
- Telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22 tahun lalu.
- Bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu.
- Juga berperanan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.
- Engku Ibrahim mula memegang jawatan itu pada 1 Januari, 1989, menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang juga seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.
- Pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yang di-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Jabatan Perdana Menteri sebelum bersara wajib daripada perkhidmatan kerajaan pada April 1987.
- Merupakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia yang paling lama menyandang jawatan tersebut.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan