Nuffang Ads

Pages

Isnin, 21 November 2011

Garuda patah sayap diterkam harimau malaya


Malaysia memperoleh emas dengan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.Dengan kemenangan hari ini, Malaysia mengekalkan emas kali kedua berturut-turut.Pasukan negara mengatasi Indonesia menerusi tendangan penalti selepas seri 1-1 pada masa tambahan permainan.Malaysia menyudahkan empat gol lawan tiga menerusi penalti untuk menang 4-3. Kejayaan ini sekali lagi telah menyebabkan sayap garuda sekali lagi terkulai diterkam oleh harimau muda yang sebelum ini telah longlai ditumpaskan pada peringkat kumpulan.
Terdahulu Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35.Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan hasil sepakan sudut pada minit kelima.
Dengan kejayaan ini Malaysia telah mengumpulkan 59 emas Sukan SEA, kurang satu untuk mencapai sasaran kutipan pingat.

      
     Namun terdapat satu kejadian yang saya kira amat kelakar apabila sahaja skuad negara memenangi perlawanan tersebut, agen dopping control terus meluru kearah pemain negara. Begitu teruk sekali sifat terdesak indonesia yang sanggup mengunakan pelbagai taktik kotor demi memenangi pingat emas.

       Patut la masa 2 ong kim swee nampak macam marah saje. Apa2 pon saya ucapkan tahniah kepada skuad negara dan jutaan terima kasih kepada pemain negara kerana telah berusaha dalam mencapai kejayaan tersebut. MALAYSIA BOLEH!!!!

         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...