Nuffang Ads

Pages

Sabtu, 26 November 2011

MAAL HIJRAH 1433 bersamaan 27/11/2011

"Assalamualaikum" pembuka catatan daripada saya buat semua umat islam yang berada diserata pelusuk dunia.Hari ini bertarikh 1 muharram 1433 hijrah. Tarikh ini merupakan antara tarikh penting dalam sejarah islam. Tarikh ini menjadi sejarah kepada peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Mekah ke Madinah.

Bermula pada tarikh ini bermulanya titik penting kepada perkembangan syiar islam dizaman Rasulullah S.A.W. Setiap tahun pelbagai program diatur bagi meraikannya. Tujuannya adalah untuk mengenang kembali sirah perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.


Perarakan, bacaan yassin dan lain2 aktiviti diadakan. Memang tidak dinafikan aktiviti sebegini bagus. Namun pada hari-hari lain adakah kita masih mengamalkannya?. Jawapannya tentulah tidak. Tidakkkah kita terfikir perbuatan kita ini seperti hipokrit dengan diri sendiri?

Dalam kehidupan seharian, banyak amalan kita yang bertentangan dengan syariah islam. Hukum ALLAH dipinggirkan dan hukum ciptaan manusia diagung-agungkan. Belum lagi dikira soal amal ibadat kita. Adakah amal kita sudah cukup buat bekalan di kemudian hari?.


Sedarlah wahai umat islam dari lena yang indah pada dunia tetapi seksa diakhirat ini. Tiada apa yang kekal di dunia ini. Hayatilah sepenuhnya peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah dan jadikan semangat hijrah ini sebagai pedoman dalam merangka perubahan  kehidupan dari negati kepada positif. Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...